22 July, 2009

Tips Keselamatan Jalanraya

To all TCT yang akan berkonvoi ke JM- 24/7/09 ada sedikit pesanan untuk anda sume..

1.Periksa kenderaan anda terutamanya bahagian brek ,tayar dan pastikan ia tidak ada sebarang masaalah.

2.Dapatkan rehat yang secukupnya dan mulakan perjalanan anda pada waktu yang sesuai bagi anda. Sekiranya mengantuk, sila berehat di hentian yang selamat.

3.Rancang perjalanan anda,berhemah di jalanraya dan ikut peraturan yang telah ditetapkan seperti jangan memotong di selekoh merbahaya.

4.Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan.

5.Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaallah anda akan tiba dengan selamatnya.

6.Jangan terburu–buru di jalanraya kerana yang penting anda 1 team tiba ke destinasi dengan selamat,jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan ingatlah orang yang tersayang.

Ingat nahas tidak mengira mangsa, kelekaan dan kecuaian membawa padah sepanjang hayat.

Ikhlas - TCT Emoticons

1 comment:

  1. For more information about Eastar, please visit :

    http://cheryeastarclub.forumotion.com/forum.htm

    ReplyDelete