30 July, 2009

Komen yang membina from Mr. Sanubari TBPR


Cool Graphics at iLLpic.com

Semalam, 29/07/09, TCT turun kayuh....
Wak, Din, Cik Mie, Zaidi, Bari, Fazil, Najib, Rajah, Sam, Sab, - Adzuan & Dilla - sweeper.
Route: BPC, Polyplastic, Tiong Nam, Sg. Ular, Bypass, BPC. (21 km)

Mmg hebat kayuhan smlm, SAM kayuh jauh meninggalkan rider lain dgn tayar baru yg merah menyala, matching dgn kaler beskal dia.
DIN - kayuh dgn SUPERB, brek depan beskal cabut kasi laju, mentain 25 km/h, lastly krem.... Kira ok la lutut injured x 100% sembuh lagi.
RAJAH - kayuh dgn gigih sekali dapat ikut rider lain.
SAB - yg baru nak try kayuh dgn kaki yg bukan 100% kuat tp mentain dapat ikut super SAM.
Zaidi - tayar bocor.. sambung kayuh beskal wak....
Cik Mie - Dapat kejar group depan....
yg lain2.... kayuh mentain laju 24-25 km/j...
Dilla & Adzuan - setia follow rider yg belakang sbgai sweeper, n berjasa sbb tayar Zaidi bocor...

Overall smlm kayuh mmg best n semuanya mmg hebat kalau nak ikutkan injury n keadaan beskal yg x 100% baik.
Mcm nie punyer kayuh mmg dapat habiskn mana2 jambori 50KM sblm pukul 1200 tghari...

Cuba mentain jantung kurang 60 bpm dan cuba kayuh dgn rentak lebih 80 RPM. Bila kaki n jantung dah kuat, tambah lagi 50 km pun rasa x puas kayuh lagi...

Kayuh lagi nanti OK....

Thank you,
Best Regards
Mr Mohd Sanubari bin Hasan
QC Supervisor

25 July, 2009

Jamboree Melaka 25 July 09


Debaran Jamboree Melaka Mountainbike Adventure 2009 makin hampir! Untuk lebih selesa, aku pergi sehari lebih awal, Mudah. Bertolak dari IM jam 0900 pg, hari Jumaat, 24 July 2009. Memandu lepas sehari bekerja memang meletihkan, sb. JM perasaan mengatuk dan letih tak terasa sangat, layan tongkat Ali 'n' ginseng....

Kami mengambil laluan Kuantan-Bahau-Palong-Masjid Tanah-Sg.Undang dan terus ke Pantai Puteri. Sambil tu dalam perjalanan kami ber PTT bersama krew TCT...Bari merupakan radio operator pd. hari tu.Kami singgah di Masjid Tanah utk. mkn.tengahari hmm...menu asam pedas Melaka ler.Kami stay di studio Bidara Puteri, aku ingat bila stay kt. studio, mesti gempak...hmm macam hampeh!!! tp. apa nk buat, dh. register..stlh siap brg2 diloading, kami pergi check-in pula utk TCT dekat City View Lodge.. kami mencari di mane area resort ni, dlm. gps takde, rupanye di sblh studio kami aje..jln kaki ler ke sane. si Khairul from Temerloh tlh sampei lebih awal dgn. Vip Metanye. Kami PTT Sab 'n' krew mrk sesat bangat...tu ler tak nak masuk meeting. aku guide mrk. Sementara menunggu kwn2 dari TCT kami 1 family pergi ke Melaka town...si Khairul lak pegi kedai beskal mau cari brg2 lagi, kasi mantap itu Meta...


Orang kuat 'n' coordinator JM-Bro Sam EW-1


aweks2 dari TCT


Wak tak sabar2 nak pakai T

Malam ada dinner kat PPM, aku tak pie, suruh si Kamarul jea amik goodies.
Nombor Pengayuh aku dan YY 078 dan 079. Terima kasih Kamarul kerana tlg. ambilkan.


Only Ladies...senyum dulu, lps tu siap ahh....


Tn. Presiden dengan aksinye..


Rajah tak sabar2 nak ride


Si Wak tak hengat dance poco2
lps 2 nano ahh...


Bleh tahan gak Rajah ni poco2 deiyyy...


The Best Team fr TCT

Jamboree dilepaskan tepat jam 0810 pagi,(lewat 10 minit) aku,Wak,Din dan Dilla berjaya meletakan diri dikelompok tengah semasa 10km on road warm up. Selepas masuk ke trail off road kejar mengejar untuk leading pun bermula, walaupun bukan race sebenar ada dikalangan peserta menjadikan jamboree untuk menguji kemampuan diri dan aku termasuk dalam golongan tersebut. Selebihnya menjadikan jamboree as a fun ride. 13km berkayuh off road Wak hampir nano, Dilla plak tersangkut kat tebing sungai, takpe ramai marshall yg nak tolong bestnye dia... aku 'n' Din tunggu di atas,sambil menjerit2 panggil si Wak, ropenye si Wak dah selamat, di angkut pihak organizer sblm tu kami 4 org sesat jalan, ntah siapa yang tukar papan signboard, nasib dkt aje dgn. on road. 26km berkayuh aku terpaksa emergency brake, dengan keadaan tayar belakang terangkat wee-kang. Berhenti menenangkan diri sb. kaki aku cram, marshall(Malau) tolong spray 'n' rawat, siap bagi aku air laici lagi. bile dah ok, aku teruskan kayuhan ramai rider overtake aku termasuk Din 'n' Dilla . Matlamat asal aku yang kononnya untuk mengikut rentak kayuhan Sanubari berakhir, aku accident semasa DH, hydraulic brake belakang jem dan ketika itu niat untuk race bertukar kepada survival.(kalu ada foto aku upload)
Kaki aku rasa cam patah 'n' x-leh gerak...Din bantu aku gerakan kaki dan angkat mtb Syukur Alhamdulillah dalam masa 15 minit kaki bleh gerak semula..Malau 'n' Dilla datang membantu... sian aku nengok Malau, layan kitaorg...apapun 'Malau' memang best Sweeper masa event nie...tx Bro

Trails jika dibandingkan dengan Jerangkang 32km lebih mencabar, dengan bukit yang berketinggian 180 meter di check point 1 memang menyeksakan. Tambahan pula keadaan bike aku yang tak sempurna membuatkan aku hampir putus asa untuk meneruskan ride. Begitu juga dengan check point 2 yang memberikan cabaran sebenar akan kemampuan diri.
(aku x-sampai pun he he...) Dilla 'n' Din aje yang sampei..

Dilla 'n' Din bodyguard masa JM


mtb Kamarul putus rantai


Senyuman dari top10 aka Mr.Saidi lerunn


King pecut aka Mr. Sanubari white raleigh


Org penting sampei sesat bangat Mr.Nik

hmm sok sambung lagi yea, nengok foto duluSmileys


22 July, 2009

Tips Keselamatan Jalanraya

To all TCT yang akan berkonvoi ke JM- 24/7/09 ada sedikit pesanan untuk anda sume..

1.Periksa kenderaan anda terutamanya bahagian brek ,tayar dan pastikan ia tidak ada sebarang masaalah.

2.Dapatkan rehat yang secukupnya dan mulakan perjalanan anda pada waktu yang sesuai bagi anda. Sekiranya mengantuk, sila berehat di hentian yang selamat.

3.Rancang perjalanan anda,berhemah di jalanraya dan ikut peraturan yang telah ditetapkan seperti jangan memotong di selekoh merbahaya.

4.Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan.

5.Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaallah anda akan tiba dengan selamatnya.

6.Jangan terburu–buru di jalanraya kerana yang penting anda 1 team tiba ke destinasi dengan selamat,jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan ingatlah orang yang tersayang.

Ingat nahas tidak mengira mangsa, kelekaan dan kecuaian membawa padah sepanjang hayat.

Ikhlas - TCT Emoticons

21 July, 2009

Monsoon Ride 2009

Gang, next event on december...

27th. DECEMBER 2009
Meet The Unexpected
Reserve your entry. Signup Today.
Open for Mountainbike enthusiast
Be the first to ride the fresh new trek.
Information, Route and place will be up soon.
MONSOON RIDE 2009
Emoticons

16 July, 2009

Bukit Cermin 4th Downhill Challenge 09




VIPmeta 'n'Konakole apa lagi ada bran kahhSmileys

12 July, 2009

Heritage Semuji & Sg. Lembing

Date: 12 July 2009
Location: Gambang Water Park to Sungai Lembing
Distance: 36.4 km
Average Speed: 10 km/h
Max Speed: 48.3 km/h
Riding Time : 3h 30 min
TCT Riders : Zaidi, Kamarulzaman, Najib, Zainal, Wan Sulaiman, Sanubari
Total Riders: 230

11 July 2009
Segala persiapan untuk event ni dah dibuat sehari sebelum itu. Entah macamana, masa loading basikal kat carrier, my wife observed problem with the front wheel. Masa tu dah pukul 7:30 malam. Panik sikit sebab esok dah nak kayuh. Nasib saya baik sebab dapat call Ah Peng (Ah Soon Motor)minta dia jangan tutup kedai lagi. Thank to Ah Peng dengan ayah dia sebab sanggup tunggu saya sampai pukul 9 malam. Macamni punya service memang customer dia tak lari punya.

12 July 2009
Pukul 0615 pagi keluar rumah gi pickup kamarulzaman kat cengal lempung. Kami sampai ke Wisma belia dalam pukul 0700 hrs. Masa tu dah ramai raiders dengan berbagai jenis basikal dan jersey. 0730 hrs semua basikal disusun dalam lori MPK dan TUDM. Masa ni ramai raider yang tak puas hati dengan cara susunan basikal. Tapi apa nak buat, dah sampai tawakkal ajelah basikal tak calar2. 0745hrs bertolak ke GWP dengan lori TUDM. Dalam ramai2 raider, Zainal yang paling bertuah sebab dapat duduk sebelah driver. Raider lain duduk belakang lori TUDM macam budak sekolah.

Setelah sampai di GWP, kami diberi sekeping Power Bar dengan nombor untuk lucky draw. Saya tak makan Power Bar tu sebab tak lalu tengok texture dia. Tapi Sanubari boleh makan 2 keping. Patutlah laju semacam aje. Awal2 dah hilang dari group TCT.

Kami berlepas pada 0915 hrs. Dengan semangat yang membara, raider2 saling memotong antara satu sama lain. Baru 5 km dah jumpa sorang raider terbaring. Masa tu ada sorang raider dapat contact organizer untuk bagi info. Selepas perjalanan mencecah 10km group yang mula2 besar dah jadi group kecil. TCT raider yang masih bersama saya ialah Zainal dan Kamarul. Sanubari, Che Wan dan Najib dah hilang dari pandangan.

Setelah berhempas pulas mengayuh dan menolak basikal, kami berhenti rehat di km 15 sambil menghabiskan sebotol air yang disediakan oleh penganjur. Setelah re-energized dengan sebotol air winter melon, perjalanan diteruskan. Tanpa disangka, baru 2 km bergerak dah tak larat. Kejap2 kena tolak basikal. Masa ni dengar bermacam rintihan dari perserta2. Ada yang marah anak sebab lambat sangat. Ada yang dah tak pakai baju. Ada yang tanya kami, kenapalah gatal sangat masuk event ni. Bukit... Masya Allah itulah yang terdetik dihati bila lihat masih ada bukit tinggi yang harus didaki. Berbekalkan azam yang kuat untuk sampai ke sungai lembing, kami teruskan perjalan walaupun dengan kudrat yang dah tak seberapa.

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke garisan penamat pada pukul 12:30 tgh hari. Segala rasa penat tadi hilang apabila melihat rakan2 TCT (penyokong) berada dilokasi. Thank guy sebab bagi moral support. Ceria juga group TCT bila rider share pengalaman mereka hari tu.

Banyak lagi benda nak share. Tapi kau orang tengok ajelah gambar2 yang ada ni ye.




11 July, 2009

Nite Ride






Date: 10 July 2009 2130-2300 hrs
Location. Indera Mahkota 2 - Kuantan Airport - Giant H/Market - Indera Mahkota 2
Distance: 26.7 km
Avg speed: 18.3 km/h
Max speed: 48.6 km/h
Riding Time : 1 hrs 27 minute
Rider : Zaidi, Jenal, Sab, Din, Tajul, Rajah, Khairul
Marshal : Wak.

Ini merupakan nite ride yang pertama bagi TCT. Overall, semua peserta enjoy sebab trek ni kurang berbukit dan cuaca malam yang sejuk.
Kami berkumpul kat rumah din IM2. Selepas memastikan lampu keselamatan basikal masing2 ok, kami bertolak dari IM2 pada 9:30 pm menuju ke lapangan terbang kuantan. Kami pit-stop sekejap di persimpangan airport untuk tangkap gambar. Sepatutnya nak u-turn balik kat sini. Tapi semua perserta kata nak teruskan perjalanan melalui route Giant. Laluan dari IM2 ke airport OK. Tapi laluan dari taman tas ke IM2 agak sibuk.
Semua rider bagi feedback untuk repeat route ni next week.