31 May, 2009

MELAKA REFINERY MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2009



MELAKA REFINERY MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2009


In conjunction with PETRONAS Penapisan (Melaka) Sdn Bhd's Open Health Day, MrMoBic (Melaka Refinery Mountain Bike Club) will be organizing Melaka Refinery Mountain Bike Jamboree 2009 which to be held at Pantai Puteri, Melaka on 25th July, 2009.

The program objective is to promote healthy and enjoyable activity. Since its inception, MrMoBic, with the management support, has actively organized and participated in various mountain bike cycling all over Malaysia .

With the theme "Stay healthy, respect and preserve nature", we are expecting all PETRONAS and its associated OPUs bikers to participate in this event for adventures and fun.

Anything about this Jamboree pls deal with Mr. SAM XPDC

30 May, 2009

Basic MTB Clinic - MASASPORT



30hb May 2009, The Chemical Team menganjurkan Basic Mt Bike Clinic @ Klinik Asas Berbasikal Lasak. Coach En Rahim & Muaiz memberi tunjukajar dan tips asas kepada riders. 13 riders termasuk awek baru Ms Dila turut join ke klinik ini.
Bermula dengan sejarah terciptanya basikal, teknik bernafas, inseam (bacaan dr tapak kaki ke tulang tongkeng, formula= 1.07% x seat height) & penentuan frame yang betul (formula = 0.65 x inseam.) Bike setting paling utama kerana untuk mengelakkan kecederaan semasa berkayuh. Bike setting untuk setiap individu membantu rider mendapatkan right position dan mengenalpasti size bike yang betul jika ingin membeli bike baru (bagi peserta yang bakal mencari bike baru.)
Turut dimuatkan diet yang berkesan (nasihat pakar, jgn makan kuah kari bersenduk-senduk = fat). Cara En Muaiz yang santai memberi keceriaan pada peserta. FQ&A juga banyak diutarakan diantara peserta & coaches.
Antara yang menarik, fakta = berbasikal juga ada lesen dan layak mendapat insurans jika berlaku kecederaan dan kemalangan..dan banyak lagi..
Sesi praktikal hanya diadakan di Taman Pertanian, tidak sempat ke trek Jabor.
Semoga ramai lagi ahli yang akan dapat manfaat daripada rakan yang menghadiri klinik hari ini. Audious...

Toward healthy lifestyle, embrace good life principle.

28 May, 2009

Kayuhan Tapis Resort Sg. lembing





Pekan Sg Lembing terletak kira-kira 45KM dari bandar Kuantan. Pekan ini terkenal dengan sejarah mempunyai lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam di dunia. Selain itu keindahan flora dan fauna yang masih lagi kekal keaslianya juga terdapat di kawasan yang penuh damai ini.
Nama-nama tempat seperti Air Terjun Pelangi, Bukit Panorama dan gunung Tapis adalah tempat yang popular yang wajar dikunjungi jika ke Pekan Sg Lembing. Bagi penduduk di sekitar Daerah Kuantan pula jika mereka ingin mandi-manda di sungai yang jernih dan segar, Sg Mas dan Sg Jin akan menjadi pilihan.
Kayuhan Alam Semulajadi (Nature Ride) ahli The Chemical Team pada kali ini bertumpu dari Pekan Sg Lembing ke Sg Jin yang mengambil jarak sejauh 28KM pergi dan balik. Keseluruhannya seramai 20 orang peserta termasuk 3 orang peserta wanita telah mengambil bahagian di mana 14 orang telah membuat kayuhan. Trek berbatu dan berbukit ini walaupun tidak sehebat trek Jerangkang yang lalu tetapi cerun yang panjang telah menduga sebahagian peserta.
Setiba sahaja di Sg Jin, peserta tidak melepaskan pelauang menikmati kejernihan dan kesejukan air jeram tersebut. Keadaan semulajadinya masih lagi asli. Mungkin penduduk sekitar amat menjagainya dari tercemar. Hani dan Dilla adalah 'aweks' yang banyak membantu menyediakan jamuan dan BBQ. Kehadiran Abang Baha anggota Kelab 4x4 Pahang juga amat diperlukan khususnya dalam hal-hal 'survivor'.
Menjelang petang cuaca telah menunjukkan tanda-tanda hujan hendak turun, kami harus segera keluar agar tidak terperangkap dalam hujan dan trek bakal berlumpur. Ini pasti menyukarkan kayuhan. Sesampai di tempat permulaan, kami menjamu ABC di gerai Adik Comel. Layanan mesra darinya menghilangkan penat dan dahaga kami sebelumnya. Tahniah untuk semua peserta.

26 May, 2009

Semuji - Sg. Lembing Eco Heritage Ride 09


Kayuhan Tapis Resort Sg Lembing

Basic MTB Clinic




The perfect mountain bike...

The perfect mountain bike…for muddy, river crossings and bike-a-hike conditions.

There is no way in a hash to avoid mud, river crossing and bike-a-hike sections. These
elements are natural obstacles and one may safely argue that they should be embraced.
Hash aficionados would argue that these are the elements required for a great ride. So a
mountain bike set up for the hash should address the following:

1. Chain suck;
2. Wheels locking up from mud build-up on tires and;
3. Brakes;
4. Portaging;
5. Shoes and;
6. The mind or mental approach.

Chain Suck

1. Ride as much as you can in the middle ring, especially in muddy conditions. This
moves the chain away from the rear tire so the mud doesn't get wiped onto the chain.
The chain stays clean, you keep riding. It also extends the life of the granny ring,
which has the long term effect of reducing chainsuck due to driveline wear.
2. Other riders have installed zip ties behind the front crank with limited success.
3. Carry a small vial of chain lube in your pack so that you can re-apply lube after water
crossings or after stopping to wash it with water from your hydration pack.
4. Take good care of your chain. Clean it well and lube it after every ride in wet
conditions. Some lubes work better in the wet such wax based lubes like White
Lightning or Krytech as they seem to suffer less from suckage. Under dry conditions
they aren't so good though.
5. If your chain and front chain rings are in good condition, it is unlikely you will suffer
from chain suck. Re of chain/chain ring maintenance and replacement... but it does
lessen the likelihood of chain suck dramatically).
6. If there is a stream or river, give it a wash as water is a better lubricant than sticky
mud. Some hubs particularly loose bearing hubs, pivots and BB seem more
susceptible to damage when they are dunk into a river. So cleaning the bike in the
river comes with a proviso that your components are able to withstand a dunking.
7. You can also consider installing internal gears such as from Rohloff. They are
expensive and add weight to the bike but do not suffer some of the problems from the
traditional rear derailleur systemsThe tips here are prescriptive and for those who
need more science, here is a link on the how and why on the chain suck problem :

http://www.fagan.co.za/Bikes/Csuck/

Wheels locking Up

1. Using narrow tires eg 2.0 or 1.9 with deep and widely spaced knobs for the rear will
reduce the chances of the wheel locking up from accumulated mud and muck . The
narrow tires will hold less mud, dig in deeper and shed mud faster. The extra width of
2.1 and above puts them right up against the chain when you are in the granny. The
smallest amount of mud on the tire gets wiped straight into the chain.
2. Bikes with ample mud clearance at the rear triangle will also help reduce this
problem.

Brakes

1. Install disc brakes. The performance of V brakes decline dramatically in muddy
conditions.

Portaging

1. Anything below 30lbs is good. Lighter is better when one has to carry a bike.
2. Learn and practice carrying the bike on your shoulders and back. Lift the bike from
the top tube and support the weight on both the shoulder and back. I have also seen
riders carrying the bike by hanging the saddle on their shoulders. This method works
when crossing flat areas such as a stream but will not work when negotiating an uphill
incline. I have seen people tie foam insulation around the top tube to give a more
comfortable perch on the shoulder.

Shoes

Studded shoes with deep knobs give much better grip. Some shoes also come with two
toe spike receptacles that can be fitted on the tip to improve grip. Shoes should be light
with a sturdy base and use quick-dry material. Sole designs with wide spaced studs also
shed mud quicker than knobbed or pattern soles. Rubber soles, which work well for flat
pedals, tend to give no grip in muddy and slippery conditions.

The mental approach – The most important tool!

This is the most important skill. If you look forward to and have a positive mindset when an
obstacle presents itself, then the hash will automatically be more fun. Natural ‘fun’ obstacles
are :
1. Hike-a-bike sections,
2. River crossing,
3. Hack & negotiating deadfall and,
4. Muddy terrain.
Tackle and work on your skill set and strength so that you can negotiate these obstacles more
efficiently. Challenge your ability in each ride and see your skill sets improve. The mind is a
powerful weapon. When it is negative or defeated, then no investment in bike technology will
work. Look at it from a different and positive perspective and a whole new world of mountain
biking experience will open up.

25 May, 2009

Hampa Tera? Cuba Lompat Balak

AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan orang yang berpengalaman dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua.

Saya merayau-rayau di ruang siber tanpa tujuan khusus. Google sana,Google sini, terjumpa artikel ini. Saya rasa sangat sesuai, mudah dan berguna untuk panduan maka saya usaha sikit untuk terjemah dan tempelkan di sini. Semoga anda juga mendapat manfaat. Artikel asal bertajuk Mountain Biking : How To Jump A Log oleh Gary Thomann. Diceduk dari laman web Adirondack Sports and Fitness. Saya cuba terjemahkan untuk panduan bersama. Terjemahan dibuat tidak mengikut piawaian mana ISO dan tidak mengikut garispanduan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada beberapa tokok tambah sebagai penyedap rasa. Iqra'!

Biasanya, bagi sesetengah penunggang, bertemu dengan balak melintang di tengah jalan bukan sesuatu yang dialu-alukan. Apa yang dibuat bila berdepan keadaan begini?
Turun basikal dan pikul basikal melepasi balak (saya masuk kategori ini - Kelolo)
Berlaku gegaran pada tulang yang berakhir dengan jatuhan pada sisi atau dihumban melepasi bar hendal. Dah balak tu dilanggar berdepan...Dalam sejarah pertembungan berhadapan basikal dengan balak, jarang sangat balak mengalah.


Saya terbaca panduan melompat balak dalam sebuah majalah MTB yang menyebut "...angkat tayar depan melepasi balak dan benamkan gegancu ke balak, bongkok ke hadapan dan...".

BUKAN, bukan, bukan. Itu tak betul. Gegancu tak payah sentuh apa-apa, balak, batu atau bangku kat dapur. Cara yang betul untuk melepasi balak ialah menggunakan teknik dan pemasaan dan boleh diterimapakai pada sebarang kelajuan. Ia tak sama macam lompat arnab (bunny hop) yang memerlukan kelajuan. Selain balak, ia juga boleh digunakan untuk melepasi batu, akar dan banir dan memanjat tebing. Saya biasa menggunakannya tak kurang 50 kali dalam satu kayuhan. Tugasan anda bulan ini ialah belajar dan memahirkan teknik ini.

Bahagian 1
Pada asasnya, untuk kayuh melepasi balak anda perlu angkat tayar depan. Senang saja? Bukan turun basikal, cabut tayar, kemudian angkat. Itu memangla senang. Ini angkat tayar depan semasa sedang berkayuh. Untuk belajar dan berlatih, cari platform kayu kira-kira 5inci tinggi dan panjang 6 kaki. Kayuh ke arah platform; dalam jarak 10 kaki di depan platform, berdiri dalam kedudukan bersedia, pedal dalam kedudukan rata melintang, bengkokkan lutut sedikit dan ponggong terangkat dari pelana. Bersedia seolah dalam kedudukan nak menerkam. Sebaik menghampiri platform tekan bar hendal kemudian angkat dan letakkan tayar depan ke atas platform. Teruskan ke hadapan. Untuk peringkat ini biarkan dulu tayar belakang melanggar paltform dan naik ke atas platform.

Anda perlukan sedikit kelajuan; kalau anda mendekati platform dengan perlahan, bila anda mengangkat tayar depan, basikal tidak akan terus ke hadapan ke atas platform. Latihkan ini berulang-ulang sampai anda naik muak dan jelak. Cuba pelbagai kelajuan. Tinggikan platform jika perlu. INGAT! Anda bukan sahaja mencampakkan tayar depan ke udara; malah anda perlu mengangkat dan meletak. Buatkan tanda X pada platform beberapa inci dari hujung paltform. Latih tubi dan biasakan diri meletakkan tayar depan pada tanda X. Berlatihlah sampai "lebam" (ni Kelolo tambah...)

Bahagian 2
Sekarang, perluaskan kemahiran dan pemasaan. Mulakan seperti di atas, dan sebaik meletakkan tayar depan ke tanda X atas platform, condongkan badan sedikit ke depan, angkat tayar belakang naik ke atas platform (lebih berkesan kalau pakai pedal berkelit). Pergerakan tadi seharusnya senyap iaitu tiada ketukan atau gegaran kuat. Itu sajalah...Senang bukan?

Eh...tak jugak. Tak la semudah itu. Belajar kemahiran ini ada 2 bahananya, dan dua-dua boleh berlaku kepada anda. Pertama, anda angkat tayar depan awal sangat. Tayar yang sepatutnya diletak atas platform, terletak di depan platform. Platform dah jadi penyekat. Anda mungkin terhenti tiba-tiba atau dihumban melepasi bar hendal. Bahana kedua lagi tak tersangka; selepas meletakkan tayar depan dengan cantik, anda tunggu terlebih lama dan mengangkat tayar belakang bila tayar depan mencecah hujung platform. Akibatnya, terhasil kombinasi dua daya angkat ke atas tayar belakang. Tayar belakang diangkat melebihi had dan anda akan dihumban ke depan melepasi bar hendal. Bahana kedua ini cukup mengecewakan kerana pada mata kasar nampak macam anda sudah buat semua dengan betul. Betul semua dah betul. Cuma pemasaan terlewat beberapa saat mengangkat tayar belakang itu yang tak betul.

Langkah Keselamatan
Jarang ada orang yang belajar kemahiran lanjutan peringkat aura tinggi tanpa jatuh tergolek dog. Kalau jatuh-jatuh ni menjadi masalah kepada anda (anda tulang rapuh, kulit sensitif dan lambat sembuh kalau luka etc) baik tak payah cari penyakit. Bila berlatih, cuba minimakan risiko kemalangan. Dapatkan bantuan kekawan untuk bersedia menyambut anda kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bantuan kekawan ini bukan saja melindungi penunggang, malah turut membantu menambah keyakinan dan mempercepatkan proses pembelajaran. Jangan cari kawan yang becok dan celupar sudah.

Pakailah alat perlindungan. Helmet semestinya. Cuba juga biasakan dengan pelindung siku dan lutut. Biasanya bila terjatuh, bahagian dua sendi yang terjojol ini yang terkena dulu. Saya suka pakai vest plastik motocross. Ia memberikan lebih perlindungan kepada dada dan bahu dan tidak berat. Masalahnya sekarang tak tahu kat mana perginya sebab ada satu mamat sudah pinjam. Lupa pulang balik agaknya... Sebaiknya, pakailah alat-alat keselamatan semahu anda. Saya biasa berlatih menggunakan pelindung siku dan lutut, helmet penuh muka dan pelindung dada.

Lagi perincian...
Masalah biasa teknik ini ialah sela tangguh di antara meletakkan tayar depan dan mengangkat tayar belakang. Tiada tangguhan itu. Tak boleh tangguh-tangguh. Bila sudah mahir tahap aura paras 3, boleh maju setingkat lagi ke aras mengangkat tayar belakang sebelum tayar depan mencecah. Ni dah kira tahap aura 5 nih. SuperGuru punya tahap.

Cuba buat begini - kayuh menuju platform, angkat tayar depan macam biasa, kemudian, bila tayar depan hampir-hampir mencecah platform (jarak kira-kira 1-2inci kot?), angkat tayar belakang. Tayar depan akan menepuk saja tanda X sementara tayar belakang dah terapung di udara.

Untuk melompat balak, kayuh ke arah balak, bila di depan balak, angkat tayar depan. Sambil tayar depan melepasi balak, angkat pula tayar belakang. Bila belakang ternagkat, tayar depan akan menepuk balak dikuti tayar belakang yang akan melepasi balak dengan kelegaan 1 atau 2 inci. Tapi yang paling lega ialah sang penungganglah sebab dah lepas satu bala(k). Tiada peluh (mahunya takder! Original text says "No sweat.."), tiada gegar-gegar. Teknik ni boleh dilakukan pada sebarang kelajuan sebab anda sentiasa mengangkat tayar belakang supaya tayar depan menepuk balak. Sebagaimana yang saya telah sebut, pemasaan sangat-sangat penting dan latihan adalah untuk menyempurnakan pemasaan anda. Teruskan berlatih sehingga seluruh proses menjadi automatik dan seolahnya tabi'e. Sekiranya mahir, anda menguasai satu kemahiran menunggang trail aura tahap 5 tertinggi yakni tahap Gaban.

P/S nanti aku carikan youtube movie lompat balak nie ( y-tube yg ada dah hancus...)

24 May, 2009

Lawatan dan Promosi Mr.Mobic ke BASF PETRONAS




'Door to door visit' oleh rakan-rakan dari PPM telah menyuntik semangat kami untuk segera menubuhkan group MTB di BASF PETRONAS. Mereka telah mempromosi PETRONAS MTB Jamboree pada Julai 2009 di Melaka. InsyaAllah jika tiada aral, Chemical Team akan turut serta. Thanx to Echeng for the liason and MrMobic for the promotion.

20 May, 2009

Kayuhan Tapis Resort Sg Lembing










Salam sume dah ready utk. kayuhan track sg. lembing????
ayam dah ready marinate 4 ekoq + 2 ekoq esok for backup lunch

17 May, 2009

Ahli Baru Lady - Thiru Le Runn




Training x nie dkt Tmn Pertanian Indera Mahkota
Oleh kerana hari ini hari ahad, rider TCT banyak terlibat dengan aktiviti lain antaranya,Sam br balik dr. KL (meeting), Eceng kija, Che Wan ride kat panching, Sab balik cini, Din balik taiping,Tajul lewat bgn dan open hse rumah Kamarul TBPR ( x-ajak pung kawang2) dan x ni kita ada gang br. awek beb!!! (mak budak nie) Thiru - Hygne dept, awal2 pg lagi si Thiru dan sampai kt. tmn pertanian excited beb.....

si Najib no-2 sampei, sementara m'nunggu gang2 lain Najib pun ajarlah Thiru, cara2 nk. ctrl mtb dgn betul.... yea ke Jib..... kul 0738 Zaidi,Jenal,Fadzil 'n' Sanubari (bw mtb baru nie color putih)
sampei, sessi suai kenal pun bermula... Thiru kata biasa jumpa mrk2 ni tp. kt. ne yea....
saudara Zaidi tlh. maengajar Thiru cara2 pengendalian brek dan gear...lps tu kita org start gerak
dlm tmn sambil menghirup oxy yg segar-bugar... apa mcm Thiru ada mau joint lagi kahh???

lps dpt pusing dlm 8 kilo. kita org pun chow, dengar cerita 4 gang laju nie, nk. bukit beserah tinggi woo... mencanak mtb. cerita ahh skit 'n' upload gambor...

16 May, 2009

Recee Tmn Pertanian IM

pg nie aku ride sorang2 aje coz tmrow, gang TCT nak test trail sempoi nie 8 kilo aje..

11 May, 2009

Artikel Jerangkang XC @ Sinar Harian- Gempak beb


GEMPAK..Kecoh Persatuan Berbasikal Pahang kena tanya ngan wartawan Roselida dr Sinar Harian pasal The Chemical Team (bukan team biasa) hantar artikel siap ngan foto profesional..See the fotographer geng!..En Rahim & Muaiz puzzle coz TCT tak berdaftar ngan persatuan berbasikal Pahang...saper yek team ni? until 20.05.09, Yanti wat appointment ngan En Rahim utk Basic Mtb clinic..once kami mentioned from TCT, terus En Muaiz tanpa ragu tanya kitaorg, "yg masuk paper sinar hari isnin ker?" terkejut gak kami, terkedu nak jwb coz kt mintak ngan dia buat klinik tp kita dah pegi hardcore dulu.. diorang support kalu ada team baru yg aktif..senang sikit nak berbincang..
Pertemuan di Zuzana IM membuahkan hasil bila En Rahim & Muaiz sanggup adakan kelas 2 sessi, 1 classroom utk theory come bike setting then class 2 practical - trek Jabor for beginner...
Next, insyallah artikel akan masuk newsletter BPC n tgh tunggu confirmation dr En Azlie, editor majalah Libur utk slot Jerangkang XC..
Mamat Klensch happy bila tgk artikel kat paper tu walaupun tak paham content dia..whatever, janji ada gambar dia n mentioned nama dia even with typoerror ...belasah je lah

07 May, 2009

Kayuhan Mee Jawa Sg. Lembing











Hai... kwn2 sume korang lihat gambar-gambar nie dulu....
Asalnya, kayuhan ke gua charas aje...ntah camne ada plak idea nak b'fast mee jawa sg. lembing
hmm bleh sakit ahh... tp semangat mtb tetap ada, kayuh tetap kayuh, walaupun kaki Sab ada besi di dalamnya....kami seramai 8 org termasuk 2 crew tlh berkayuh dr. kempadang sampei sg. lembing, bleh tahan gak road nie (tercungap2) apapun si Najib tlh. belasah 2 mangkuk mee jawa
pemadangan area sg. lembing mmng cantik...tima kasih gak pd Wan merah 'n' bouncer krn. tlh
menumpangkan mtb kami berdua sapa hah???? biarlah rahsia...