Date: 12 July 2009
Location: Gambang Water Park to Sungai Lembing
Distance: 36.4 km
Average Speed: 10 km/h
Max Speed: 48.3 km/h
Riding Time : 3h 30 min
TCT Riders : Zaidi, Kamarulzaman, Najib, Zainal, Wan Sulaiman, Sanubari
Total Riders: 230
11 July 2009
Segala persiapan untuk event ni dah dibuat sehari sebelum itu. Entah macamana, masa loading basikal kat carrier, my wife observed problem with the front wheel. Masa tu dah pukul 7:30 malam. Panik sikit sebab esok dah nak kayuh. Nasib saya baik sebab dapat call Ah Peng (Ah Soon Motor)minta dia jangan tutup kedai lagi. Thank to Ah Peng dengan ayah dia sebab sanggup tunggu saya sampai pukul 9 malam. Macamni punya service memang customer dia tak lari punya.
12 July 2009
Pukul 0615 pagi keluar rumah gi pickup kamarulzaman kat cengal lempung. Kami sampai ke Wisma belia dalam pukul 0700 hrs. Masa tu dah ramai raiders dengan berbagai jenis basikal dan jersey. 0730 hrs semua basikal disusun dalam lori MPK dan TUDM. Masa ni ramai raider yang tak puas hati dengan cara susunan basikal. Tapi apa nak buat, dah sampai tawakkal ajelah basikal tak calar2. 0745hrs bertolak ke GWP dengan lori TUDM. Dalam ramai2 raider, Zainal yang paling bertuah sebab dapat duduk sebelah driver. Raider lain duduk belakang lori TUDM macam budak sekolah.
Setelah sampai di GWP, kami diberi sekeping Power Bar dengan nombor untuk lucky draw. Saya tak makan Power Bar tu sebab tak lalu tengok texture dia. Tapi Sanubari boleh makan 2 keping. Patutlah laju semacam aje. Awal2 dah hilang dari group TCT.
Kami berlepas pada 0915 hrs. Dengan semangat yang membara, raider2 saling memotong antara satu sama lain. Baru 5 km dah jumpa sorang raider terbaring. Masa tu ada sorang raider dapat contact organizer untuk bagi info. Selepas perjalanan mencecah 10km group yang mula2 besar dah jadi group kecil. TCT raider yang masih bersama saya ialah Zainal dan Kamarul. Sanubari, Che Wan dan Najib dah hilang dari pandangan.
Setelah berhempas pulas mengayuh dan menolak basikal, kami berhenti rehat di km 15 sambil menghabiskan sebotol air yang disediakan oleh penganjur. Setelah re-energized dengan sebotol air winter melon, perjalanan diteruskan. Tanpa disangka, baru 2 km bergerak dah tak larat. Kejap2 kena tolak basikal. Masa ni dengar bermacam rintihan dari perserta2. Ada yang marah anak sebab lambat sangat. Ada yang dah tak pakai baju. Ada yang tanya kami, kenapalah gatal sangat masuk event ni. Bukit... Masya Allah itulah yang terdetik dihati bila lihat masih ada bukit tinggi yang harus didaki. Berbekalkan azam yang kuat untuk sampai ke sungai lembing, kami teruskan perjalan walaupun dengan kudrat yang dah tak seberapa.
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke garisan penamat pada pukul 12:30 tgh hari. Segala rasa penat tadi hilang apabila melihat rakan2 TCT (penyokong) berada dilokasi. Thank guy sebab bagi moral support. Ceria juga group TCT bila rider share pengalaman mereka hari tu.
Banyak lagi benda nak share. Tapi kau orang tengok ajelah gambar2 yang ada ni ye.
No comments:
Post a Comment