28 May, 2009
Kayuhan Tapis Resort Sg. lembing
Pekan Sg Lembing terletak kira-kira 45KM dari bandar Kuantan. Pekan ini terkenal dengan sejarah mempunyai lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam di dunia. Selain itu keindahan flora dan fauna yang masih lagi kekal keaslianya juga terdapat di kawasan yang penuh damai ini.
Nama-nama tempat seperti Air Terjun Pelangi, Bukit Panorama dan gunung Tapis adalah tempat yang popular yang wajar dikunjungi jika ke Pekan Sg Lembing. Bagi penduduk di sekitar Daerah Kuantan pula jika mereka ingin mandi-manda di sungai yang jernih dan segar, Sg Mas dan Sg Jin akan menjadi pilihan.
Kayuhan Alam Semulajadi (Nature Ride) ahli The Chemical Team pada kali ini bertumpu dari Pekan Sg Lembing ke Sg Jin yang mengambil jarak sejauh 28KM pergi dan balik. Keseluruhannya seramai 20 orang peserta termasuk 3 orang peserta wanita telah mengambil bahagian di mana 14 orang telah membuat kayuhan. Trek berbatu dan berbukit ini walaupun tidak sehebat trek Jerangkang yang lalu tetapi cerun yang panjang telah menduga sebahagian peserta.
Setiba sahaja di Sg Jin, peserta tidak melepaskan pelauang menikmati kejernihan dan kesejukan air jeram tersebut. Keadaan semulajadinya masih lagi asli. Mungkin penduduk sekitar amat menjagainya dari tercemar. Hani dan Dilla adalah 'aweks' yang banyak membantu menyediakan jamuan dan BBQ. Kehadiran Abang Baha anggota Kelab 4x4 Pahang juga amat diperlukan khususnya dalam hal-hal 'survivor'.
Menjelang petang cuaca telah menunjukkan tanda-tanda hujan hendak turun, kami harus segera keluar agar tidak terperangkap dalam hujan dan trek bakal berlumpur. Ini pasti menyukarkan kayuhan. Sesampai di tempat permulaan, kami menjamu ABC di gerai Adik Comel. Layanan mesra darinya menghilangkan penat dan dahaga kami sebelumnya. Tahniah untuk semua peserta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cam best je cendol tu....aweks pun lawo ahh
ReplyDeletetu yg eceng teringat n nk pie sg lembing he he...
tu yang dia ajak repeat balik minggu depan tu hahaha.....2X5 je mcm aku
ReplyDeleteada prob skit dgn chat, kita main komen plakk ahh
ReplyDeleteWoi...brani turun la...
ReplyDeletelu wat yg basic wat pe? byar murah ke? igt janda jek murah...
ReplyDeletebudget takde lagi kot...tapi kalau janda berhias ada market bro
ReplyDeletebest ahh dpt kt din...
ReplyDeletesab ko tgh nengok gambor adik lg ke??
Gua pnyer sape beli cm4m dpt janda b'hias... barang baik tu... siap eksesori lg... bkn jual togel mcm t-bolt putih tuh.
ReplyDeletedh bleh chat semula jom ahh lwn...
ReplyDeleteBikers, kome rase kita patut buat mini jamboree kita sendiri 2H 1M kat Sg Lembing tuh...amacam
ReplyDelete