03 September, 2010

Jom Berbuka Bersama Asnaf-14 Ramadhan 1431H




Salam Ramadhan Al-Mubarak sahabat2 TCT,

Mengimbas Program Jom Berbuka Bersama Asnaf. Kali ini acara lebih santai dan tiada protokol spt agensi kerajaan dan persatuan2 yg datang berbuka..Memahami perasaan kaku itu, kami menawarkan acara santai sambil bermesra dengan anak2 yatim ini.
Ustaz Akmal menegaskan anak2 yatim hanya dibenarkan minum air mineral dan kurma utk berbuka dan terus solat maghrib..kami turuti disiplin anak2 Permata Camar..peluang untuk kami memperbaiki ibadah kami juga..
Menu kami juga simple kerana tidak mahu anak2 jelak dgn nasi minyak, briyani dan lauk pauk yg berat..ustaz juga tak mahu mereka terlalu kekenyangan yg memberi impak pada fokus semasa belajar di siang hari..
Disamping aym msk kicap, msk lemak sayur, terlur dadar, ulam2an, sambal, tembikai, roti jala, bubur kacang, dan yg special grill lamb dari Chef Dila dan kambing kami beli dr Permata Camar utk membantu duit tabungan mereka..

Terima Kasih pada Lori Ais Krim dari Nestle dgn aiskrim cup yg marvellous..
Juga lori MILO yang menaja minuman anak2 yatim di sini dan juga asnaf (Tahfiz)

Terima kasih kpd shift C dr Oxo complex yg turut serta memeriahkan majlis di samping tambahan duit raya dr kami..Terima kasih juga buat GM OXO kerna sudi hadir di majlis simple ini..

Terima kasih atas kasih luhur dan budi buat semua penderma2 Hamba Allah yg sudi menghulurkan sumber kpd kebajikan mereka..

Semoga kita dapat menumpang keberkatan mereka di bulan yg mulia ini..Insyallah bertemu di lain acara

No comments:

Post a Comment