11 October, 2009

SUNRISE at Bukit Panorama Sg. Lembing









4.00am – Aku bangun dan bersiap2 dari IM 14/4
4.50am – Sham aka Capt Jack dtg. amik aku kt umah
5.06am – Sampai kat kg.padang,tempat berkumpul tunggu kwn2
at last 12 org jea yg.nak bakar lemak
5.17am – Start gerak ke sg.lembing
5.45am - Sampei Masjid sg.Lembing dan solat subuh sekali
6.00am - Senaman ringan dan terus mendaki
6.58am – Sunrise menjelma,aku dan kwn2 lain bagai kan orang gila amik gambar he he
7.18am – Bersiap untuk turun dan bfast
7.36am - Sampai di kaki bukit dan terus gie bfast

SUNGAI Lembing yang terletak 42 kilometer (km) di barat laut Kuantan, Pahang satu ketika dahulu merupakan pengeluar utama bijih timah. Nama Sungai Lembing tercatat dalam sejarah negara selepas pihak British meneroka kawasan itu pada tahun 1888 dan menemui rizab bijih timah yang kaya setanding dengan lombong-lombong bawah tanah di Cornwall, England.
Lombong itu beroperasi selama lebih 80 tahun sehingga harga pasaran dunia bijih timah jatuh teruk pada 1986 dan memaksa penutupannya.
Digelar El Dorado Timur, Sungai Lembing merupakan tempat terletaknya lombong bawah tanah yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia. Lombong Sungai Lembing terdiri daripada tiga lombong bawah tanah dengan Lombong Myah pada tahap kedalaman 700 meter di bawah permukaan bumi merupakan yang paling dalamDi sini, terdapat 14 peringkat terowong, setiap satu sepanjang 500 meter. Jarak di antara setiap peringkat terowong ialah 100 meterSemasa sebahagian besar daripada penduduk negara ini bergantung kepada telaga dan lampu minyak tanah, penduduk di sini menikmati tenaga elektrik percuma dan bekalan air bersih.

Bagaimanapun, pekan itu ditimpa beberapa kejadian malapetaka yang berakhir dengan penutupan lombong berkenaan.

Semasa pendudukan Jepun dari 1941 hingga 1945, lombong itu dengan sengaja dibanjirkan dengan air oleh pihak British untuk menghalang pihak Jepun daripada menggunakannnya.
Beberapa bahagian terowong lombong itu telah diperkukuh untuk membolehkan pelawat menikmati pengalaman berada di dalam lombong bawah tanah, tetapi malangnya, sebahagian besar daripada peralatan dan jentera yang terbaik pada zamannya sudah tiada lagi.

Pada TCT team yg. mendaki ada masa kita panjat lagi yea,
apapun tengok jelah foto kat slide di bwh... foto ke-2,3 akan menyusul slps ni..




No comments:

Post a Comment