28 June, 2009

Charity Ride to Permata Camar


28 Jun 2009 - Charity Ride bersama Anak-anak Yatim Permata Camar berjalan dengan lancar dengan kerjasama di antara The Chemical Team & BAKIB (Badan Kebajikan Islam BASF PETRONAS Chemical.) Program di hostkan oleh emcee Samsul Khairi secara santai dan bersahaja.Terdahulu, seramai 10 orang ahli TCT berbasikal (ride) dari Taman Gelora ke Permata Camar Penor, sejauh 15km.

Anak2 PC 12 thn dapat turut serta berkayuh dibimbing oleh ahli TCT. Teruja dengan kehadiran mengejut Sdr Fazil dgn Proton T-Bliz juga tidak melepaskan peluang untuk memberi sokongan.
Makan tghari dengan "menu sihat" nasi ayam steam tidak dilepaskan kerana setelah penat berkayuh, tenaga perlu diganti.

Memandang riak muka anak-anak Permata Camar, terlihat kepuasan dan keriangan mendapat peluang yang dihajati. Sekurang-kurangnya mereka mampu bercerita di sekolah tentang kenangan terindah menunggang basikal mtb yang mungkin ramai murid belum tahu @ terdedah kewujudan aktiviti sebegini. Mungkin mereka yatim tapi mereka mampu mengubah masa depan mereka.. Semoga lebih ramai yang ingin membela dan mendekati mereka.. Insyallah..

Terima kasih
tidak terhingga kepada rider2 TCT & BAKIB, staff sokongan & tetamu jemputan kerana menjayakan program Kayuhan Amal ini, rasa seronok apabila dapat melihat anak-anak PC dapat bersama2 mengerek MTB gang2 TCT dan juga MTB yang disumbangkan....
foto ke-2 akan menyusul dlm masa 1 hari lagi dharap bersabor yek






1 comment:

  1. negoklah aksi degil konajena... Tn Presiden
    suruh pakai helmet...kata nk tunjuk safety ride pd anak2 PC... konalana buat gimick betulah masa event semalam!!!!

    ReplyDelete