30 December, 2009

Year End event MR 09 sadis!!!!!!

Lesson learn from TCT member on Monsoon Ride event....

Coretan dari coordinator MR09-Mr.Bari
Event:
Bole kata well organize, keseluruhan lancar,
Cacat sikit2 tu biasa la. Starting 0830 countdown secara mengejut, Rolling
Start format tu GOOD.
Timing, mmg susah nak jangka dgn trek yg mencabar, penganjur pun (turut
kayuh) sampai kul 4 lebih
cabutan bertuah pun lambat sangat, Hadiah X berapa menarik (budget n
sponsor kureng kot)

Trek:
Grade A punyer susah...... (65-70% sahaja bole kayuh, 25% menolak, 5%
downhill) lebih kureng laa..
Awal2 lg dah single trek, lalu titi sorang2, jem mcm nak balik raya kat
tol.
Utk event yg ramai org mcm nie, Single trek mcm nie x patut ada masa awal2,
sume org masih bnyk tenaga lg, berebut2 nak lalu.
Condition mula-mula 12 km mmg perit, nak patah balik pun pikir berkali2,
nak teruskn pun x tau lg rupa mcm mana.
Moto cross atau pickup pun x bole lalu, sbb kena laluan sempit, ikut anak
sungai, meniti batang kayu, laluan paya, lumpur jerlus (aku tenggelam spai
kat peha)
Lumpur tu mmg dah x bole kata apa dah, tayar yg dpt anugerah EXCELLENT
(KENDA NEVEGAL) pun x bole nak grip dah.
Bnyk kena tolak beskal, berjalan dlm lumpur yg tggelam spai buku lali,
sambil panjat bukit plak tu...... Lu pikir la sendiri...
N.baik trek dekat jer. Tp elok kalau lebih dekat, cepat sket habis. Kita
prefer trek ADVENTURE yg PENDEK, atau SANTAI yg JAUH.


Check point:
1st (12km) dapat makan pisang n sandwich, mmg best, mcm tau2 jer dah habis
semua nyawa, lega gak dapat bekalan mcm tu selepas penat bertempur.
2nd (18km) ada air mineral - OK la...
3rd (22km) ada LORI MILO- milo ais..... sedap betolll.
30km++ - tamat. Nasi kari ayam - Good.
Masa hari nie la sume makanan rasa tersangat lah sedap... he he he.

TCT:
Yg aku tau - Shaari NRS, Abu Fuji, Wan Su sampai mmg awal.
Yg sempat aku jumpa - Rajah, kamarul masa mula2 kayuh.
Saidi, Fazil, Khalid- steady beb...
Hani, Mariam, Tajul - aku x jumpa.
Aku sampai tepat kul 1300. SURPRISE dah ramai LADIES yg dah tiba lebih awal
dr aku.....

Coretan from Ms.Hani
i just tambah sket kat cnila...

sad to say yg i x dpt finish aritu (tahan smpai 20km jek) bcz of few factors:
- pg tu bcz of too exited kot, i juz ambik satu energy bar dgn air mineral jek, tgh jln tu usah ckp la penat sgt smpai x lalu nk mkn, so mmg x ckp energy...lenkali i mmg kna makesure to have enough breakfast b4 kayuh...
- dekat 18th km i jatuh and injured kat peha sebab kna bucu seat, still boleh kayuh tp slow and kna stop byk kali, sakit...so kalo proceed rase cam menyusahkan org utk tgg plak...
- hmm last reason ni maybe ladies lebih memahami kot, =p.. huhu, so lg la x blh proceed...
- then mmg x dpt dinafikan i x ckp training, last masuk utan yg main air dgn kertehcyc tu...lps tu i juz pusing2 dekat damansara jek...so really hope tct akan arrange lg byk aktiviti and training especially for beginner mcm i ni...
- big thanks to en.tajuddin from kertehcyc yg setia follow i dgn mariam walau camane slow pon ktorg pg... die siap ckp no matter how, he will follow us at the back... tu yg lg x sampai hati nk susahkan die...hope there will be one guy from tct yg akn jd good sweeper mcm en.tajudin for the next event...
- so mariam with en.tajuddin slowly kayuh sampai habis walaupon jd last participant yg sampai (dekat 4.30pm)...
- even kecewa gle x hbskan kayuhan, i really have fun and enjoy the event.
- dekat 18th km tu, i naik scrambler i/o hilux and siap suruh bro tu bawak pusing2 masuk utan... huhu, rupa2nya naik scrambler lg scary drpd kayuh basikal...nasib baik la x jd ap2,=)...

- sorry to say, event aritu seolah2 i yg join kertehcyc bukan mariam yg join tct...maybe for the next meeting i blh share sket experience join kertehcyc punye aktiviti...hope kite dpt follow the good practice from them...

- lastly, hope lebih ramai ladies rider from tct...we try our very best but dont push ourself over the limit...long term effect kna beware jgak...dont worry, aritu bukan i sorg je yg x hbs tp ramai je yg stop and naik hilux (bak kate abg scrambler tu...)... =p

- sorry kalo ad tersalah coret, and kalo ad tambahan nanti i send lg... congratz and thanks to all....

Coretan from Mr.VP
Komen saya...hari tu bukan saja mtb (mari tolak basikal) tapi lebih kepada
jungle treckking. rasa macam nak masuk askar pulak.
kata organizer, bulan 7, 2010 ada 3 days jungle ride from semuji to taman
negara. haa...sapa sapa nak jadi askar simpanan sila la daftar diri.

itulah serba sedikit coretan dari kwn2 TCT, pepun layan arghh foto di bwh ni..


Derma Kilat - for Ms. Dilla


Baru-baru ini seorang sahabat TCT iaitu saudari Norul Dilla telah mengalami kemalangan semasa balik dari kerja di jln IM berdekatan petronas dan wisma celcom. Dia cuba mengelak motor yang mengambil jln pintas untuk pergi ke stesen pump berkenaan, beliau tidak dpt. mengawal kereta lalu berpusing2 360”(byk x)mengikut cite empunye diri… Dia mengalami kecederaan kecil dan kereta plak rosak teruk…

Dan dengan ini di seru semua ahli TCT tidak kira dimana anda berada umtuk bersama-sama memanjatkan doa agar beliau kembali sihat seperti sediakala.

Sebarang pihak yang ingin menghulurkan bantuan ataupun derma, sila hubungi JP di talian 019-987 1176 / YY 012-959 8303 atau terus menyalurkan sumbangan ke Cik Dilla

Keikhlasan anda semua amatlah kami hargai.

***TCT

27 December, 2009

Farewell Dinner Dr. Klensch - New Horizon


Pada sume TCT member silalah menghadirkan diri pd
majlis mkn2 farewell utk Dr.Klensch

Jam : 0830 mlm
Location : New Horizon restoran
Paymet : Rm 30 aje
talian :012-959 8303(yy) 019-986 7907(SAM) 012-981 0561(ZACK)

23 December, 2009

Monsoon Ride TAG - for rider

Dear Riders,
Berikut adalah TAG NO utk TCT rider for Monsun Ride this Sunday.

No Name IC NO TAG NO
1 Kamarulzaman bin Rahmat 5433 042
2 Mohd Sanubari 5605 208
3 Wan Sulaiman 5143 093
4 Abu@ Hanifah 5103 094
5 Rajah 6685 095
6 Mohd Khalid 5569 096
7 Tajul Husnalil 5483 098
8 Saidi Abd Wahab 5385 150
9 Nurzeira Hani Karim Jelani 6126 071

Goodies bole diambil pd hari Sabtu 26hb juga 27 hb Ahad, sebelum ride.

Sila BGTAU TAG NO semasa pengambilan goodies di Semuji Agro Resort..

Transport: 0630 - 0700 pagi Disediakan di Kedai Merida (Kedai An)
(berdasarkn pengalaman naik lori yg lepas2, elok pi sendiri je)

Kayuh Start : 0800 pagi dari Semuji Agro Resort.

Setting Basikal: Off road, ada sungai (BASAH),

Jgn Lupa : Safety Gear........ HELMET, Glove, Google, Botol Air, etc......

So, Jumpa di sana......

pls check nama anda di blog ini :

http://arineenadventures.blogspot.com/

Thank you,
Best Regards
Mr Mohd Sanubari bin Hasan

09 December, 2009

Walimatul Urus Adik JP

Jemputan ke Majlis Perkahwinan


Semua ahli TCT, rakan-rakan MTB dan orang -persaorangan adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Perkahwinan Adik JP

Tarikh : 20 Dis 2009(Ahad)
Masa : 12.00-4.00 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai KRT Tmn Impianku
Jln Sg.Lembing

Talian Maklumat;
JP 019-987 1176
YY 012-959 8303

23 November, 2009

Hani 'n' new toys - Merida

perghh.. Hani dah ready for "Monsoon Ride" ler.....






06 November, 2009

Burung Hantu Ride







Burung Hantu Ride...what an experiance!

I joint Ampang Group. Only rep from TCT team. 2nd time for me to ride in
Melaka.
Last time was during daytime and this time...8pm flagoffs.

It's kind of normal for AmpangBike team to start late. I still recall
during Semuji-Sg.Lembing, they among the last team to reach the finished
line, because they started late. At Burung Hantu, same behavior. We were
the last team to start for the starting point. Organizer was about to
close the check-in counter. We then directed to use a short cut to catch
the group of bikers that started earlier.
The organizer annouced there were more than 800 bikers that night which
still less than they expected, 1200 bikers. I saw mat saleh, minah saleh,
kids, women, family etc...It was a great experiance for me to join such a
big crowd of bikers that came from all over the country and some from other
countries too.
As for the night biking...cool man! No hot sun. You don't see the dust
flying around. You cannot see exausted faces. You don't see dirt in front
and you cannot see the trail...GELAP gelita. Dalam hutan, it's grave dark!
Only place we can see lights were at the starting point and 6km road trail.
Otherwise, it's all dark, dark, dark. Kebun sayur also dark!
However, with the help from my borrowed front light (special thanks to
Fazil's cateye) and back signal light (special thanks to Bari's cateye), I
managed to complete the campaign. 5 checkpoints. Everytime I reached the
checkpoint, only drinking water available. Pisang sudah habis.
Banyak jugak downhill...some looong downhill. Mujur tak jatuh. Tapi kalau
jatuh pun, helmet yg aku pinjam dr Mr.P ada (special thanks to Zaidi for
his 661 helmet)...Ehhh...banyak sangat benda yang aku pinjam ni....
And as usual, AmpangBike member will bring back their luck
draws...see..Amir got Merida frame with RM1800...My special thanks to
AmpangBike.

VP-Kamarul aka Fuji Tahoma

18 October, 2009

Kayuhan Air Terjun Pelangi


Rider: Bari-Raleigh, Najib-Tbolt, Sam- exitway, Fazil-Giant, Fazlee-Fuji (geng baru)
Route: Pekan Sg Lembing, Jirat Cina, Resort, Air Terjun Pelangi dan patah balik jln yg sama.
Jarak: 38km
Avg speed: 11.4 km/h
Masa berkayuh: 3H. 20M
Masa Mula: 0915hrs
Masa Tamat: 1445 hrs
Rider: Zero LTI!!, krem.
Bike: RD patah, tube bocor.

0730- Najib dah sampai Pekan Sg lembing. Sarapan n bersiap. Pi toilet, beli feeding, raleigh tukar setting tayar kpd 2.1 100% offroad.
0915- Mula bergerak -Memandangkan masa bermula agak lewat, kami ambil keputusan utk ikut jalan dekat, mendaki dari jirat Cina. Awal lagi dah mendaki!!! Mmg mental. Jalan sekarang dah ditaburkn dgn gravel, so bole la kayuh, sblm nie, jln berlumpur, tayar spin x bole kayuh.
Semuanya indah, penat mendaki permulaan dah hilang. Masing2 sudah PANAS, seronok melayan offroad.
1035- Sampai kaw resort - Ramai org camping mggu nie. Sampai cni beskal bersih lagi, Jalan gravel, xde lumpur.
Dari resort ker air terjun ~ 9 km. Jalan banyak lopak n lumpur. Juga berbatu2 besar. Bahang panas sudah mula terasa.
1150- Sampai kaw air terjun- Punyer la ramai org kat cni, banyak 4X4, lorry. x rasa mcm dlm hutan. Berpicnic la kejap, berehat sambil mghabiskn bekalan makanan yg dibawa. Basuh badan yg berlumpur.
1230- Mula bergerak balik - Matahari dah naik, panas, rantai basikal dah kering n mcm bunyi dah kedengaran.
Masa nie baru la bermula adventure yg sebenar, TBolt baru 1st time kayuh lps puasa, krem, x bole kayuh... jarang berlaku Tbolt oren mcm nie.... Giant, exitway masih mantap tu!!
Jalan yg pergi tadi seronok DH, sekarang rasa la menolak plak.... Bukit Kebencian - Panjang giles mendaki.
Banyak menolak dr berkayuh. Air minum dah habis. Mentari tengah terik... Berkayuh pun rantai dah mula melekat. Fuji yg memanjat dgn rantai yg kering, PATAH RD!!. Hanger bengkok. So, bertolak la utk sampai ke DH ke jirat cina. Habis DH tu, pancit plak. Tukat tube n sambung semula bertolak dgn raleigh.
1445- Sampai tpt parking, terus cari makanan.

Kesimpulan:
Sam Exitway n Fazil Giant mmg mantap mental, berjaya habiskn.
Track - Hard core. Perlu FIT utk berkayuh di sini. Perlu air 3L min kalau x fit.
Adventure yg memenatkn tetapi ia ibarat latihan yg amat intensive.
Bawa minyak rantai, utk mengelakkan RD patah dll.
Sentiasa bwk tube spare semasa berkayuh.
Sblm pergi ke hardcore track, kena cukup latihan.

17 October, 2009

Jamuan Hari Raya & TCT Bersama Keluarga


Salam 26 Syawal 1430H, selamat lebaran ...
Sambutan Hari Raya TCT bersama keluarga. Sungguh meriah dan tidak menghampakan..
Coordinator event kali ini Mr. Azuan Merah. Seramai 34 rider bersama best lover (wife cum supporter) dan seramai 35 Jr. TCT menggegarkan Pantai Balok.
Menu yg menyelarakan bermula dgn hidangan Satey, nasi lemak ikan tongkol. Pasta berkuah tomato ditaja oleh President aka Zaidi. Mummy Dila menghidangkan mee kuning. JP & YY menu istimewa Ayam BBQ, meehon daging cincang, kek buah & betik yg baru dipetik. Pasangan cool Sam & Sal dgn puding cocktail. Wak & Munirah dgn rendang ayam & sosej Astana view. Karipap Din yg umph..Kek lapis tajaan ??. Teh suam dari Cengal Lempong yang umph dr VP & Aishah simply the cool one..Sirap limau & ais indah dll yg terlepas pandang yg mungkin tak dpt dicatat disini..Maaf zahir batin jelah..
Objektif berhari raya bersama keluarga TCT untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli & famili. Selain itu, menanamkan semangat juang dalam aktiviti yg mendatang disamping sokongan padu dr. famili yg memahami.. Memberi pendedahan awal kepada Junior TCT agar mudah mengorak langkah yg. mana mungkin bakal menjadi Jaguh basikal Profesional & dunia suatu hari nanti..Insyallah..
4 star utk lokasi, 4 star utk menu & 5 star untuk kerjasama..apa yg penting, kerjasama..turut diundang Zam WWT menceriakan suasana dgn pemberian duit raya..kira zakatlah yea..Saidi Cannodale, Mr Baha aka Abah,Aweq TCT,Sab 'n' wife aka Ah long, Najib aka T-bolt 'n' wife,Mr.Sanubari aka Cik Putih, Couple super2 (Tn. Syed & Satira), Che Wan aka Polygon turut serta memeriahkan suasana.
Acara photo session memberi kenangan manis kpd sumer,..Next raya celebration, Mr Jenal aka Kona akan memikul tggjwb..steadyla Jenal..tp Raya Haji camna yek??Wan Zaki aka T-bolt dah kat Mekah..tunggu Hj Zaki balik M'sia dululah ..Insyallah Hj Mabrur..
Akhir sekali, JP & TCT gumbira dapat mengenali semua ahli keluarga dan dapat mengukuhkan ukhwah sesama kita..terlepas cakap & terlebih gurau..ampun maaf dari kami..
One World, One TCT..
Adious

Happy Deepavali

Happy Deepavali to Rajah aka Exit Way 3 & Thiru aka Raleigh 2
From TCT members

15 October, 2009

Upcoming Event in Nov 09

Cyfora MDHS - Kuala Kubu Baru to Fraser Hill (KOM) = 01 Nov 2009. (Fee Rm 50)
100% jalan TAR, 90km, mendaki bukit last 20 km.
Setting beskal, Tayar slick, saiz < 1.5, fork depan keras & rendah. Kurangkn berat basikal (dan badan).


Tmn Lembah Kiara @ TTDI : KL MTB Carnival - Open - MTC XC RACE = 21 - 22 Nov 2009. (Fee Rm 50)
2.1km track, 1km uphill, 1 km DH., 95% off road "hard core", Tayar off road 2.1 , suspension fork 80 - 100,
1 pusingan 10 - 15 min, saringan 2 pusingan (~30 min) . Final 4 pusingan ( 60- 70 min). (Avg speed ~ 10 - 13 km/h)


Kalau ada sesiapa yg berminat tu, bersiap la, ctc sy, kita pi sama2........

CP - Mr.Sanubari

Jamuan Hari Raya - TCT Bersama Keluarga

11 October, 2009

SUNRISE at Bukit Panorama Sg. Lembing









4.00am – Aku bangun dan bersiap2 dari IM 14/4
4.50am – Sham aka Capt Jack dtg. amik aku kt umah
5.06am – Sampai kat kg.padang,tempat berkumpul tunggu kwn2
at last 12 org jea yg.nak bakar lemak
5.17am – Start gerak ke sg.lembing
5.45am - Sampei Masjid sg.Lembing dan solat subuh sekali
6.00am - Senaman ringan dan terus mendaki
6.58am – Sunrise menjelma,aku dan kwn2 lain bagai kan orang gila amik gambar he he
7.18am – Bersiap untuk turun dan bfast
7.36am - Sampai di kaki bukit dan terus gie bfast

SUNGAI Lembing yang terletak 42 kilometer (km) di barat laut Kuantan, Pahang satu ketika dahulu merupakan pengeluar utama bijih timah. Nama Sungai Lembing tercatat dalam sejarah negara selepas pihak British meneroka kawasan itu pada tahun 1888 dan menemui rizab bijih timah yang kaya setanding dengan lombong-lombong bawah tanah di Cornwall, England.
Lombong itu beroperasi selama lebih 80 tahun sehingga harga pasaran dunia bijih timah jatuh teruk pada 1986 dan memaksa penutupannya.
Digelar El Dorado Timur, Sungai Lembing merupakan tempat terletaknya lombong bawah tanah yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia. Lombong Sungai Lembing terdiri daripada tiga lombong bawah tanah dengan Lombong Myah pada tahap kedalaman 700 meter di bawah permukaan bumi merupakan yang paling dalamDi sini, terdapat 14 peringkat terowong, setiap satu sepanjang 500 meter. Jarak di antara setiap peringkat terowong ialah 100 meterSemasa sebahagian besar daripada penduduk negara ini bergantung kepada telaga dan lampu minyak tanah, penduduk di sini menikmati tenaga elektrik percuma dan bekalan air bersih.

Bagaimanapun, pekan itu ditimpa beberapa kejadian malapetaka yang berakhir dengan penutupan lombong berkenaan.

Semasa pendudukan Jepun dari 1941 hingga 1945, lombong itu dengan sengaja dibanjirkan dengan air oleh pihak British untuk menghalang pihak Jepun daripada menggunakannnya.
Beberapa bahagian terowong lombong itu telah diperkukuh untuk membolehkan pelawat menikmati pengalaman berada di dalam lombong bawah tanah, tetapi malangnya, sebahagian besar daripada peralatan dan jentera yang terbaik pada zamannya sudah tiada lagi.

Pada TCT team yg. mendaki ada masa kita panjat lagi yea,
apapun tengok jelah foto kat slide di bwh... foto ke-2,3 akan menyusul slps ni..