Salam Gunung,
Sinopsis...
Sebagaimana yang telah dirancang oleh ejen2 TCT (projek mt. stong), projek ini akan di langsungkan pada 17hb July 2010 (Sabtu) hingga 18hb July 2010 (Ahad).
Secara ringkasnya Hutan Lipur Chemerong yang terletak di daerah Dungun di Terengganu Darul Iman ini adalah di bawah jagaan dan seliaan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Ia merangkumi beberapa buah gunung antaranya Gunung Berembun, Gunung Chemerong dan Gunung Mandi Angin. Di kawasan ini juga terdapat Air Terjun Chemerong yang terkenal dengan kecantikannya dan juga merupakan antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara.(air terjun ni yg kita nak daki) Selain itu Gunung Mandi Angin terkenal di kalangan pendaki-pendaki di negara ini. Berhampiran dengan Gunung Mandi Angin terdapat sebatang pokok cengal yang berusia ribuan tahun yang menjadikan kawasan ini lebih popular dan menjadikannya pelancong dalam dan luar negeri datang untuk bercuti di sini serta menjalankan aktiviti outdoor seperti mendaki gunung ini.
Saranan kepada pendaki2, track serta trail ini tidak boleh alpa. Sekiranya anda dari spesis yang takbur, berlagak dan memandai mandai, kawasan hutan ini cukup luas untuk menenggelamkan anda sehingga ke sempadan Pahang & Kelantan. Sekiranya anda was was dengan simpang... berhenti lah dan tunggu orang di belakang... jika tiada orang di belakang dan orang di hadapan tiada menyahut panggilan.. maka sebaik baiknya anda berdoa...
Selamat Mendaki
Projek ni terbuka kepada mereka2 yang cukup faham pada terma & syarat tertera:-
Terma & Syarat
1. Mudah mendapat cuti dari majikan atau diri sendiri memang majikan (kerja sendiri)
2. Terbuka kepada mereka berumur 18 tahun keatas, rakyat malaysia, lelaki atau perempuan.
3. Mempunyai peralatan mendaki yang sudah semestinya terjamin kualiti
4. Boleh menerima arahan dan patuh
5. Sikap terbuka dan tiada selfish
6. Kepala sempoi
Sekiranya anda adalah mereka yang termasuk dalam terma & syarat dan tiada was was, sila hubungi Bro. SAM 017-986 7907 atau Bro. Che Wan 019-981 2236 atau pm kami untuk keterangan lanjut...
Buat masa ini kami tidak boleh mendedahkan kadar bayaran kerana ia adalah dibawah akta kawalan rasmi kami sendiri he he...
TEMPAT TERHAD KEPADA 15 orang yang terawal sahaja...Tarikh tutup adalah pada 30hb June dan apabila 15 tempat dipenuhi..
Tima Kasih & bp ( Mr. Sam & Mr. Wan Sulaiman )
***Hairil
mcm bes jer..
ReplyDeletemmng best jom ler joint skali
ReplyDeletenak p mac nih..11-13mar 2011
ReplyDelete