28 September, 2009

Invitation to MTB Orienteering event - GPS (Gopeng Peanut Search)


Halo!

On behalf or Nomad Adventure, we would like to invite you and your friends/members of The Chemical Team to an upcoming MTB Orienteeering event around Gopeng area.

Event – GPS (Gopeng Peanut Search)
Date – 15th Nov 2009 (Sun)
Venue – Earth Camp, Gopeng, Perak
Event Period – 10.00am to 3.00pm
Registration starts from 8.30am

GPS is designed as a fun & exciting event for mountain bikers & outdoor enthusiasts. It is not a race in the traditional sense, rather a navigational challenge done on mountain bikes over 5 hours. There will be prizes for top finishers and also Lucky Draw goodies for participants who returned within the time limit and achieved the minimum score. Confirmed event sponsors todate are Teva, Redbull, Corezone, GPS-Hypermart and couple more to come.

Checkpoints are spread out over surroundings of Gopeng. Variety of routes is on offer, taking riders on a journey to discover hidden gems around the area. Suitable for technical riders who yearn for some new challenge, and also newbies who want a more laidback ride to a famous makan stop

We would like to invite you and your friends / members to this interesting event. For more information, please check out www.nomadadventure.com or email@nomadadventure.com.

On this note, we appreciate if you can also help spread the word around through your weblog and cycling community.

Many Thanks!
Wye Yim
Events Manager


22 September, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Di bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mohon maaf dan ampun pada semua TCT member. Insyaallah kalau ade rezeki dan kesempatan saya akan jemput u all datang raye di Batu Hitam. Hari dan masa akan diconfirmkan kemudian.
SELAMAT HARI RAYA dari Zaidi dan Keluarga.

16 September, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya


Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga TCT yang beragama Islam.

TCT Berbuka Puasa Pdg MPK-1




Ramadhan 1430H - Kali ini acara berbuka utk small group memandangkan ramai ahli TCT prefer ada gathering raya..Yg menariknya, berbuka di Padang MPK 1 ini menjadi fenomena di Kuantan. tempat berbuka di depan masjid negeri ini semakin popular sejak tahun lepas yg mana asalnya para peniaga di dataran kerang memulakan perkelahan berbuka dipadang. Saidi canodale mendahului cop tempat dgn tikar besar 20' x 20'..wow bestnya..macam kenduri kesyukuran..Sam solo dgn makanan yg dibeli..Syam & kassy turut serta..JP & YY ada hidangan meehon daging cincang special..and tak lupa kopi RADIX & Sarsi RADIX..menyelerakan bila makan berjemaah..
siap buke pose..berjemaah solat Maghrib di Masjid Negeri..Ya Allah, Ya Rabbi..Permudahkan seluruh urusan duniawi & ukhriawi umat Islam sedunia..One TCT, one World..

11 September, 2009

Teknik Pernafasan Yang Betul

APABILA diberitahu bahawa ramai orang dewasa tidak bernafas dengan betul, penulis terperanjat kerana berpendapat pernafasan antara tindakan di luar kawalan yang berlaku secara semula jadi.


Sebaliknya, bayi dan kanak-kanak melakukan teknik pernafasan yang betul. Baik si kecil atau orang dewasa, bukankah sama-sama bernafas melalui hidung, jadi di manakah bezanya? Jika diperhatikan, pernafasan bayi dan kanak-kanak sampai ke abdomen (perut) sedangkan pernafasan orang dewasa terhad hingga ke dada saja.

Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Zulkifli Abd Kadir, berkata untuk bernafas dengan betul ada caranya iaitu tarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada.

Jika dada yang ternaik, bermakna teknik anda masih belum betul. Pada masa sama jika boleh, ‘kunci’ dubur (kemut) dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

Ulang teknik ini beberapa kali setiap pagi atau pada bila-bila masa. Latihan senaman pernafasan ini juga boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan, terutama ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Pernafasan yang baik dan betul ada banyak manfaatnya. Ini sebabnya tai chi, yoga, meditasi, pelbagai jenis sukan, termasuk seni mempertahankan diri, sangat mementingkan teknik pernafasan supaya ia memberi kesan lebih baik kepada badan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi sesetengah kerjaya seperti penyanyi, pemuzik, perenang dan atlit. Malah, untuk mengaji al-Quran dengan baik pun kita memerlukan teknik pernafasan yang betul.

Sebenarnya, teknik pernafasan ada kaitan dengan keadaan psikologi. Apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan cepat. Jadi untuk menenangkan diri, kita disaran supaya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan.

Sememangnya cara ini boleh meredakan rasa cemas, panik atau marah. Bahkan teknik pernafasan juga digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan dan mengawal kemarahan.

Ada juga mengatakan, teknik pernafasan yang betul akan mempengaruhi kesihatan kerana ia boleh merangsang sistem limfa untuk berfungsi dengan lebih baik. Ini kerana sel badan bergantung kepada sitem limfa untuk mengeluarkan bahan toksik dan cecair berlebihan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi pesakit asma. Apabila kita menarik nafas dalam-dalam, ia bermakna lebih banyak udara (terutama oksigen) akan masuk ke paru-paru. Cara ini secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan asma di kalangan pesakit.

Kajian terbaru yang dilakukan Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati, menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan beberapa minit sehari boleh membantu merendahkan tekanan darah.

Saintis yang diketuai Dr David Anderson percaya, cara kita ber nafas ada kaitan dengan tekanan darah. Katanya, kaedah pernafasan yang dilakukan kebanyakan orang ketika ini menyebabkan kita kekurangan oksigen.

Apatah lagi tabiat pemakanan yang tinggi kandungan garam akan melemahkan fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan garam berlebihan tadi.

Tekanan darah tinggi seolah-olah menjadi penyakit biasa kerana kini orang muda turut mengalami masalah ini. Individu yang ada tekanan darah tinggi berisiko tinggi mendapat serangan jantung, strok, buah pinggang rosak, buta dan dementia (penyakit gangguan ingatan).

Meditasi, yoga, tai chi dan senaman lain yang setara dengannya membabitkan teknik pernafasan yang dalam dan perlahan dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Kajian klinikal yang dijalankan InterCure Inc ke atas pengguna alat khas untuk membuatkan mereka bernafas secara perlahan selama 15 minit sehari dalam tempoh dua bulan mendapati, tekanan darah responden menurun sebanyak 10 hingga 15 mata.

Bagaimanapun perlu diingat, pernafasan yang betul bukan pengganti kepada ubat, pemakanan atau senaman, sebaliknya ia boleh dianggap tambahan kepada rawatan sedia ada.

Bagaimana pernafasan boleh membantu merendahkan tekanan darah masih menjadi teka teki. Menurut Dr Anderson, pernafasan perlahan memang boleh merehat dan mengembangkan salur darah dalam jangka masa pendek, tetapi ia belum cukup untuk menerangkan keajaiban ini.

Satu kajian dijalankan di Hospital Harbor, Baltimore, Maryland menggunakan satu mesin khas. Didapati dalam keadaan tertekan, kita akan bernafas dengan cepat, pendek dan tanpa disedari kita juga akan menahan nafas.

Tindakan menahan nafas sebenarnya mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam darah, menyebabkan darah menjadi lebih berasid. Ia mengakibatkan kecekapan buah pinggang untuk menyingkirkan garam dari badan menurun. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Namun teori Dr Anderson masih memerlukan sokongan saintifik lain. Walaupun penerangannya masih dianggap lemah, teknik pernafasan yang betul dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lalu.

Tanpa penerangan saintifik pun, manfaatnya terbukti dan tidak rugi jika kita mempelajari dan mengamalkannya. Pada masa sama, jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta rajin bersenam.

09 September, 2009

TCT on BPC newsletter

Monsoon Ride 09

Monsoon Ride 09 is a perfect opportunity for sport adventure enthusiasts to head on down to the treasured eco sport tourism spot to participate in this year’s adventure ride.
The plan is to give lots of adventures and fun rides by traversing the routes that will take you through some of the most scenic and breathtaking sights that you will never forget.


EVENT INFORMATION
START : Bukit Gambang Resort City
FINISH : Bukit Gambang Resort City
TIME : 8.00 am
DATE : 27th. December 09 (Sunday)
DISTANCE : 40km

ENTRANCE FEE: RM 40.00
Arrival
From Kuantan to Bukit Gambang Resort City
Pickup Point:
For Local Riders and who are not staying at Bukit Gambang Resort City:
Wisma Belia, Indera Mahkota (7.00 am)
Return
From Bukit Gambang Resort City to Wisma Belia (2.30 pm)
MEALS
Lunch will be served at Bukit Gambang Resort City to all participants.
Refreshment Stations (2): There will be fruits and water approximately at every 16km of the route, please make use of it.
Accommodation is upon request (Bukit Gambang Resort City).
Package – Studio Suite & Family Suite.
Price? Special Rate. Get it.
Please confirm before 12th. December 2009
CLAIMING OF GOODIES:
Before/After Ride at Bukit Gambang Resort City
Contact Person: Mazlan (013-904 8002) Rostam (013-923 8309)
Fax: 09-516 1004 Email: arineenem@gmail.com
Bank Account No.: MBB 162067471099 (MAZLAN BIN MOHD NOOR)
(Please Keep Your Transaction Slip)
Finishers’ are entitled for Lucky Draw and Medal.
CLOSING DATE FOR ENTRIES: 12th. DECEMBER 2009 (OR 400 ENTRIES WHICHEVER COME FIRST)

MONSOON RIDE ROUTE MAP
ROAD RIDE BGRC - KG. AWAH - BGRC


View Larger Map

OFFROAD RIDE BGRC - AIR TERJUN BEKELAH - BGRC



View Monsoon Ride in a larger map

more info go to :
http://arineenadventures.blogspot.com/

TCT ada bran kahhhSmileys