Showing posts with label Charity Ride. Show all posts
Showing posts with label Charity Ride. Show all posts

28 June, 2009

Charity Ride to Permata Camar


28 Jun 2009 - Charity Ride bersama Anak-anak Yatim Permata Camar berjalan dengan lancar dengan kerjasama di antara The Chemical Team & BAKIB (Badan Kebajikan Islam BASF PETRONAS Chemical.) Program di hostkan oleh emcee Samsul Khairi secara santai dan bersahaja.Terdahulu, seramai 10 orang ahli TCT berbasikal (ride) dari Taman Gelora ke Permata Camar Penor, sejauh 15km.

Anak2 PC 12 thn dapat turut serta berkayuh dibimbing oleh ahli TCT. Teruja dengan kehadiran mengejut Sdr Fazil dgn Proton T-Bliz juga tidak melepaskan peluang untuk memberi sokongan.
Makan tghari dengan "menu sihat" nasi ayam steam tidak dilepaskan kerana setelah penat berkayuh, tenaga perlu diganti.

Memandang riak muka anak-anak Permata Camar, terlihat kepuasan dan keriangan mendapat peluang yang dihajati. Sekurang-kurangnya mereka mampu bercerita di sekolah tentang kenangan terindah menunggang basikal mtb yang mungkin ramai murid belum tahu @ terdedah kewujudan aktiviti sebegini. Mungkin mereka yatim tapi mereka mampu mengubah masa depan mereka.. Semoga lebih ramai yang ingin membela dan mendekati mereka.. Insyallah..

Terima kasih
tidak terhingga kepada rider2 TCT & BAKIB, staff sokongan & tetamu jemputan kerana menjayakan program Kayuhan Amal ini, rasa seronok apabila dapat melihat anak-anak PC dapat bersama2 mengerek MTB gang2 TCT dan juga MTB yang disumbangkan....
foto ke-2 akan menyusul dlm masa 1 hari lagi dharap bersabor yek






07 June, 2009

Recce Charity Ride ~ Permata Camar


8.00 am Dilla, Najib & Wak sudah menunggu di Res.Zuzana IM. Jersey putih mendapatkan sample T-Shirt dari En Muaidz Masasport. Siap santap roti canai (tapi tak banjir) menunggu Din & family. Sab mengharap adik menjemput..tak ada insurans betul mamat ni..
For info, Permata Camar adalah penempatan anak-anak yatim permata camar yang dibiayai oleh NGO seperti Badan Dakwah Nadhwah dan PPZ Pahang.
Tiba di Permata Camar >< 9.00 am. Tn Penasihat dan family dah bersama Ust Jais & En Razali mendapatkan info berkenaan event hari ini. Permata Camar menganjurkan program bersama ibu / waris terdekat datang melawat sempena cuti sekolah. Tersentuh hati bila En Razali memberitahu ada 3 pelajar yang tiada waris datang mengunjungi...Kami segera menawarkan diri menjadi ibubapa angkat mereka bertiga. Ustaz Badrul & En Halidan berbesar hati atas kesudian ahli & keluarga TCT.
Sementara bersiap utk ride, anak-anak PC teruja ingin mencuba basikal-basikal "uncle" mereka. Tanpa buang masa, kami membenarkan mereka mencuba dan segera adjust seat utk keselesaan anak-anak. Sungguh membanggakan bagi mereka bila mengetahui proton juga ada basikal..masing-masing tak sabar menunggu hari event - Charity Ride 27 hb Jun 2009 untuk beraksi dengan basikal uncle...
Tiba2 hari hujan dengan lebatnya sebelum ahli recce TCT sempat navigate..may be ada orang tak mandi pagi..Sab terus admit dia dah mandi dulu..well saper makan cili...
OKU Sab masih dalam mc coz baru kuarkan besi dari kakinya..ngeri..tapi semangat waja ingin mengunjungi anak2 camar tetap diteruskan...
Yang menarik sekali, Kak Satira (isteri Tn Penasihat)memberikan hidangan istimewa - nasi beriyani special siap ngan opor daging, acar nenas & kuih..jamu sakan dgn anak-anak dan tetamu di Permata Camar.
Melihat anak2 PC bagaikan tidak sabar ingin turut berkayuh, memberi kami semangat dan iltizam memberikan event Charity Ride, sesuatu yang tidak akan dilupakan oleh mereka..Insyallah..

Total Riding Time : 1.03.49
Distance : 16.34km
Average Speed : 20.9km/h
Maximum Speed : 37.1km/h