31 May, 2009

MELAKA REFINERY MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2009



MELAKA REFINERY MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2009


In conjunction with PETRONAS Penapisan (Melaka) Sdn Bhd's Open Health Day, MrMoBic (Melaka Refinery Mountain Bike Club) will be organizing Melaka Refinery Mountain Bike Jamboree 2009 which to be held at Pantai Puteri, Melaka on 25th July, 2009.

The program objective is to promote healthy and enjoyable activity. Since its inception, MrMoBic, with the management support, has actively organized and participated in various mountain bike cycling all over Malaysia .

With the theme "Stay healthy, respect and preserve nature", we are expecting all PETRONAS and its associated OPUs bikers to participate in this event for adventures and fun.

Anything about this Jamboree pls deal with Mr. SAM XPDC

30 May, 2009

Basic MTB Clinic - MASASPORT



30hb May 2009, The Chemical Team menganjurkan Basic Mt Bike Clinic @ Klinik Asas Berbasikal Lasak. Coach En Rahim & Muaiz memberi tunjukajar dan tips asas kepada riders. 13 riders termasuk awek baru Ms Dila turut join ke klinik ini.
Bermula dengan sejarah terciptanya basikal, teknik bernafas, inseam (bacaan dr tapak kaki ke tulang tongkeng, formula= 1.07% x seat height) & penentuan frame yang betul (formula = 0.65 x inseam.) Bike setting paling utama kerana untuk mengelakkan kecederaan semasa berkayuh. Bike setting untuk setiap individu membantu rider mendapatkan right position dan mengenalpasti size bike yang betul jika ingin membeli bike baru (bagi peserta yang bakal mencari bike baru.)
Turut dimuatkan diet yang berkesan (nasihat pakar, jgn makan kuah kari bersenduk-senduk = fat). Cara En Muaiz yang santai memberi keceriaan pada peserta. FQ&A juga banyak diutarakan diantara peserta & coaches.
Antara yang menarik, fakta = berbasikal juga ada lesen dan layak mendapat insurans jika berlaku kecederaan dan kemalangan..dan banyak lagi..
Sesi praktikal hanya diadakan di Taman Pertanian, tidak sempat ke trek Jabor.
Semoga ramai lagi ahli yang akan dapat manfaat daripada rakan yang menghadiri klinik hari ini. Audious...

Toward healthy lifestyle, embrace good life principle.

28 May, 2009

Kayuhan Tapis Resort Sg. lembing





Pekan Sg Lembing terletak kira-kira 45KM dari bandar Kuantan. Pekan ini terkenal dengan sejarah mempunyai lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam di dunia. Selain itu keindahan flora dan fauna yang masih lagi kekal keaslianya juga terdapat di kawasan yang penuh damai ini.
Nama-nama tempat seperti Air Terjun Pelangi, Bukit Panorama dan gunung Tapis adalah tempat yang popular yang wajar dikunjungi jika ke Pekan Sg Lembing. Bagi penduduk di sekitar Daerah Kuantan pula jika mereka ingin mandi-manda di sungai yang jernih dan segar, Sg Mas dan Sg Jin akan menjadi pilihan.
Kayuhan Alam Semulajadi (Nature Ride) ahli The Chemical Team pada kali ini bertumpu dari Pekan Sg Lembing ke Sg Jin yang mengambil jarak sejauh 28KM pergi dan balik. Keseluruhannya seramai 20 orang peserta termasuk 3 orang peserta wanita telah mengambil bahagian di mana 14 orang telah membuat kayuhan. Trek berbatu dan berbukit ini walaupun tidak sehebat trek Jerangkang yang lalu tetapi cerun yang panjang telah menduga sebahagian peserta.
Setiba sahaja di Sg Jin, peserta tidak melepaskan pelauang menikmati kejernihan dan kesejukan air jeram tersebut. Keadaan semulajadinya masih lagi asli. Mungkin penduduk sekitar amat menjagainya dari tercemar. Hani dan Dilla adalah 'aweks' yang banyak membantu menyediakan jamuan dan BBQ. Kehadiran Abang Baha anggota Kelab 4x4 Pahang juga amat diperlukan khususnya dalam hal-hal 'survivor'.
Menjelang petang cuaca telah menunjukkan tanda-tanda hujan hendak turun, kami harus segera keluar agar tidak terperangkap dalam hujan dan trek bakal berlumpur. Ini pasti menyukarkan kayuhan. Sesampai di tempat permulaan, kami menjamu ABC di gerai Adik Comel. Layanan mesra darinya menghilangkan penat dan dahaga kami sebelumnya. Tahniah untuk semua peserta.