08 November, 2010

Jamboree Kuala Kangsar@ Kayuhan Kuale Bandar Diraja


Tarikh : 31 Oktober 2010 (Ahad)
Masa : 07.30 Pagi
Tempat Mula/Tamat : Laman Budaya/Arena Square Kuala Kangsar. Jarak Kayuhan : ± 50 Km

http://kualakangsarmtbjamboree2010.blogspot.com

Hari sabtu pagi, kul 08:00 aku mula bergerak dr Kuantan. Jamboree kat utara jauh mcm nie, aku sorang ajer dr Chemical Team yg pegi. Pegi 1 family, balik kg n makan angin.
Mlm sampai Pekan Kuale, sempoi pekan nie. Cantik. X bz sangat. Pi amik goodies, cari kedai makan x jumpa. Kedai tomyam ada la. Malas nak makan tomyam, layan burger jer. Mlm nie mmg pekan kuale meriah dgn kereta n pick-up yg berbasikal. Hotel pun penuh, sama mcm kuali goreng daging burger akak tu jugak, full house tade tempat kosong. Mmg rezeki org kuale mlm nie.

Peta Laluan Kayuhan Kuale

Ahad pagi kul 06:30 pagi rider dah mula bersiap ke tpt starting, tengah-tengah jln. So, penganjur terpaksa mintak rider kosongkn dulu tpt tu, kasi laluan utk kenderaan, kayuhan brmula kul 0730. Aku saje jer lewat2 pi ke garis mula, sbb yg lewat biasanya akan dok depan. Mmg menjadi pun. Lebih kurang 1100 rider yg join, x terkawal dah polis n penganjur.
Rider belasah jer dok depan dr garis mula. Jam 0730 , kayuhan bermula diiringi bahagian depan dgn pickup..... penganjur dgn lantang x bg rider potong pickup, tp drive pickup mcm semut, mana bole nak tahan kaki2 pecut nie........ Punyer ramai yg pecut mninggalkan pickup, maklum la hadiah CASH spai tpt ke 5 jer...... Aku pun terpaksa la ikut sama, x mau sejarah kat Nibong Tebal berulang kembali. Group depan mmg laju dr pickup..... siap ada yg dah breakaway.

Starting 0730

Trek: 70% off road, 30% road - (lebih kurang). Off road mmg mental, mendaki yg pacak2, dah la Sabtu tu hujan tade panas, trek basah n licin, DH dia pun x layan sgt, licin, yg last DH tu best, pacak btul turun. Keseluruhan nya... RIDEABLE... aku x dpt ikut group depan td. Diaorg tu mmg laju2, ramai starz racer & etc sponsor rider. Selambe jer bg diaorg trek mcm nie.
Single trek dia mmg best layan, celah2 pokok getah. Jln kampung n sawah padi.... Best la layan pemandangan. Aku x bawak HP, takut tercicir. Lg pun aku lebih suka layan trek dr bergambar......

Marshall dan arrow: Mencukupi. Mata kena tajam sket n jgn buat2 pandai melencong. straight jer jumpa la trek yg btul. 1st water point jauh sgt, dah abis air aku blum spai lg water station.

Setting beskal aku lebih kepada ROAD, angin keras, tayar 1.95, blakang pasang Maxlite310. Masa offroad mmg geli2 jer, bila abis off road baru la pulun. Dapat la gak potong 2-3 org rider depan yg dah kong. 2 rider bocor. Aku tade pump nak tolong, sori yer...


..

Melintas di penamat

Aku tamat sorang2, x dpt nak kejar dah org depan yg laju2 tu, no 16..... masa 2jam 25min. Hafiz no 1, Bujoe no2, Zam 3.
Parking beskal- antara yg sampai awal.


Medal - biasa jer, x cantik, bukan logam.


Goodies: Jersey (cun-tp tebal sket), Botol air, kacang, gula2 hudson, air suntonic (best)

Penganjur: Keseluruhannya baik, cuma lucky draw buat masa ramai lg yg blum tamat berkayuh. No aku naik gak, tp dpt botol air jer (so- aku pun malas nak pi amik), Lucky draw botol air nie patut di ban la.... Lemah semangat je nak pi amik. Tempat basuh beskal tade, maybe sbb pekan kuale nie ada sungai, aku basuh n mandi kat sungai jer. Penganjur x bg tau plak parking hari ahad pun kena bayar, dengar cerita ramai yg kena saman!!!!. Kita org luar mana la nak tau mcm tu, ahad mmg happening kat cni, ada pekan sehari, gerai cedol n laksa.


8/10 utk keseluruhan Jamboree ini.
Aku mmg enjoy.... tu yg penting. Dpt geng2 baru, dr Manjung club, Kayuhbeb-rossaimi, - jumpa lagi.... dpt meronda tgk tpt org. Taun depan???? Cukup persediaan aku kayuh lagi....
Tarikh : 24 Oktober 2010 (Ahad)
Lokasi : Taman Lembah Kiara, TTDI, KL.
Jarak Kayuhan : Lap 2.1km

http:// www.klmtbcarnival.com.my
Aku x pernah berkayuh lg kat Kiara nie, dengar cerita mmg teknikal...... (skrg dah tau dah)
So, hari sabtu tu pagi2 lg aku dah sampai, utk test trek dulu. Aku berjalan dulu survey trek, mmg perg!!!!! ada tempat2 yg x bole kayuh...... takpa, bole tolak..
Lepas sarap, baru kayuh.. Ramai gak yg test, dpt la curik beberapa skill dr org yg laju2 tu.
Trek dimulakan climbing yg betul2 "lung buster", starting 30M jer dah PACAK berbatu...
Lps tu ada bnyk batu, yg saja jer dok kat tengah2 jln, akar kayu, drop, switchback kiri (ok la) yg swback kanan tu (sambil DH) mmg menyumpah - tolak beskal pun bole jatuh. DH dia yg lain mmg layan..... bole jump.... enjoy....


Sabtu - Test Trek

Sabtu tu trek tutup pd pukul 1300, aku test 3 lap pastu bocor, tiub terbelah, x bole pakai dah. Lepas ganti tube, dpt test lg 2 laps, pastu x larat dah..... beskal aku x fit... so pi kedai samy cari casset baru 9 speed 11-32.


Aku masuk category Man 31 - 35.
No 087 - wakil Chemical Team, Kuantan.


Ahad, Raceday. Hujan renyai2, trek lembab sket. Start dgn saringan (2 lap) dulu. Group aku dibahagi kpd 2, 1st group start kul 0730, aku dlm 2nd group, start kul 0735. 0730 masa 1st group start, 2nd group sign in. 15 yg terbaik akan layak ke final... Berdebar-debar, x penah masuk race mcm nie.... dah masuk quarantin area, pastu baru pi starting line. Tepat 0735 start...... baru 30meter dah tolak beskal, climbing tu pacak sgt.... mmg pressure, takut masa x best nanti x bole masuk final... Bila dah abis 2 lap, sebelum kelo dari trek kena sign out dulu..... letih btul, baru 2 lap, tp pulun sakan utk jaga masa.
Bila result keluar.. fuhhhhh lega..no 8.... dpt masuk final.... (lagi 4 lap)!!!!!! Baru pi sarapan.
Final start kul 1235.

Qualifying result:

Pukul 1230, semua rider utk final sign in. Azizul Azli (Bujoe) dipangil utk ke starting line dulu, di ikuti oleh Zamzi, then baru yg lain2 amik tempat. Tepat 1235 race bermula.... 4 lap... Aku masa lap ke 3 dah mula abis angin....dpt tanda kat siku masa DH. Lap ke 4 tinggal mental jer..... Akhirnya tamat gak 4 lap. No 9. Takpa la... itu je yg mampu setakat nie.
Elite 6 laps, mmg laju diaorg nie....

002 - Hafiz (Pahang) Finished 2nd Elite


001 - Shahrin Amir (Selangor) - Juara Elite 2010, (& 2009)


Giant booth - Ada di event mana2 sahaja.



Start Finish Line & Pagar Sign in area.

Keseluruhannya:
Organizer mmg PRO, ada sign in, sign out, masa x pakai chip tp tade masalah, marshall guna walkie talkie sambil lepak dlm khemah. Semua berjalan lancar, result keluar pun pantas. Mmg HEBAT.
So, trek Kiara Carnival loop mmg teknikal, tp tempat cantik & mmg ENJOY- Bila lg kita nak test ride kat sana??? Jom layan....

03 September, 2010

Jom Berbuka Bersama Asnaf-14 Ramadhan 1431H




Salam Ramadhan Al-Mubarak sahabat2 TCT,

Mengimbas Program Jom Berbuka Bersama Asnaf. Kali ini acara lebih santai dan tiada protokol spt agensi kerajaan dan persatuan2 yg datang berbuka..Memahami perasaan kaku itu, kami menawarkan acara santai sambil bermesra dengan anak2 yatim ini.
Ustaz Akmal menegaskan anak2 yatim hanya dibenarkan minum air mineral dan kurma utk berbuka dan terus solat maghrib..kami turuti disiplin anak2 Permata Camar..peluang untuk kami memperbaiki ibadah kami juga..
Menu kami juga simple kerana tidak mahu anak2 jelak dgn nasi minyak, briyani dan lauk pauk yg berat..ustaz juga tak mahu mereka terlalu kekenyangan yg memberi impak pada fokus semasa belajar di siang hari..
Disamping aym msk kicap, msk lemak sayur, terlur dadar, ulam2an, sambal, tembikai, roti jala, bubur kacang, dan yg special grill lamb dari Chef Dila dan kambing kami beli dr Permata Camar utk membantu duit tabungan mereka..

Terima Kasih pada Lori Ais Krim dari Nestle dgn aiskrim cup yg marvellous..
Juga lori MILO yang menaja minuman anak2 yatim di sini dan juga asnaf (Tahfiz)

Terima kasih kpd shift C dr Oxo complex yg turut serta memeriahkan majlis di samping tambahan duit raya dr kami..Terima kasih juga buat GM OXO kerna sudi hadir di majlis simple ini..

Terima kasih atas kasih luhur dan budi buat semua penderma2 Hamba Allah yg sudi menghulurkan sumber kpd kebajikan mereka..

Semoga kita dapat menumpang keberkatan mereka di bulan yg mulia ini..Insyallah bertemu di lain acara

03 August, 2010

Nibong Tebal MTB 2010

Date: 01 Aug 2010
Location: USM Trans Kerian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Distance: 42.5 km
Start time: 0730am.

Nibong Tebal, 01 Aug 2010: Jamboree MTB anjuran Group Gerek Gunung bersama USM. Kali kedua diadakan, slps 2009.
Tahun nie dipanggil Darjah 02. Seramai lebih 1700 org rider yg register utk berjuang di sini. Chemical Team hantar aku seorang je wakil, maklum la jauh. MTBE- ada reg 4 wakil, yg dtg 3, yg mampu berkayuh cuma 2 org. Basiron n Black kayuh , Burn sakit lutut.

Seawal 0645 pagi lagi, rider dah berebut utk berada di bahagian depan starting grip. Aku pegi kat starting grip pukul 700, tp ramai rider yg dtg lagi lewat pi potong Q kat depan. Lebih kurang 0730 pg rider dilepaskan. Wlaupun jamboree, ttp ada hadiah disediakan utk tpt 1 -10. Bermula dgn laluan jalan raya, melalui pekan Parit Buntar, rider depan mula attack. Jln dikawal polis trafik dgn baik, penuh dgn rider. Bunyi tayar n rantai basikal kuat berdengung.


Laluan: Jln bandar, jln kampung, ladang kelapa sawit, ladang getah, reban ayam. Ada 4 bukit yg tinggi, bukit 2 beradik, bukit tebuan, & bukit 300. Bukit 300, dlm hutan tp jln konkrit. Lebih kurang 5km mendaki. Mmg mencabar. Slps mendaki layan downhill mmg best, yg x best masa DH jln keras x rata, bergegar semua benda. Sesapa yg pakai fullsus & tayar besar, mmg masa nie senyum je kot.
Jamboree kali nie mmg aku nak dpt Top 10, (ramai gak yg target mcm nie kot), masa kat cp4, marshall tu kata aku 37!!! hampa btul. Org depan mmg laju2. Aku respek kat 1 rider tu, besar btul, berat mesti plg kurang 100kg, tp kayuhan mantap, climbing power, finished awal dr aku. ada jugak rider yg aku nampak x bwk air pun, aku masa tu dah kering, dok tggu water point 3, dia selamba je lalu x amik air kat ctu.
Aku sampai 0950 kat penamat, ada bomba sembur air.... best.... Position 36!! hu hu..mmg org cni kuat2 la. 1st Rider, Hafiz (Pahang- Pingat emas MTB-XC Sukma melaka) - Team LeTua. No 2 Azizan Manaf-LeTua (X-Msian rider).

No. 3 Mr Goh, (Plate no2) - aku target nak ikut dia, tp bayang dia pun x nampak.

Keseluruhan trek ditanda dgn baik. Trek cantik, mlm x hujan, pagi pun mendung. Marshall ada menunggu di setiap tpt DH yg merbahaya. Yg bertugas di water station & check point pun ramai.

Event nie mmg happening. air sponsor cukup puas hati aku minum. Minuman baru Suntonic, rasa mcm 100plus tp xde gas. Lori Vico pun ada. Makan secara buffet, ok la, ayam masak merah. Lucky draw pun best2, cuma aku x dpt apa2 kali nie. Grand prize dia frame carbon brand "RIDE".

Puas hati layan trek nie. Tahun depan mesti nak layan lagi. Terima kasih dan TAHNIAH 3G & USM!!! Amacam geng? Tahun Depan kita pakat turun Penang?

From: Bar1, Raleigh Elite09 KCNC.

18 July, 2010

TCT outdoor~Camping, Fishing, Hiking & Durians











17& 18 July 2010
Agenda utama ke Hutan Lipur Chemerong tetapi telah bertukar lokasi last minit setelah mengambilkira nasihat dari renjer hutan..
so..tukar plan terus ke desa Sg Lembing...

Guys,
Enjoy unlimited photos at facebook Jersey putih TCT