30 May, 2010

Program Bersama Asnaf- 29 Mei 2010




Salam dari Kuala Gandah,

29 Mei 2010 - pilihan tarikh untuk program bersama Asnaf memerlukan perancangan yang teliti kerana objektif bersama asnaf menuntut semua anak-anak yatim Permata Camar turut serta. Memandangkan sesetengah ada yang tinggal di asrama sekolah yang berlainan.
Alhamdulillah, syukur pada Illahi memberi kami kekuatan dan gerak hati yang setinggi Kinabalu memastikan hasrat program ini tercapai.

Selepas Charity Ride pada 2009, The Chemical Team merasakan agenda bersama Asnaf sudah menjadi tanggungjawab sosial kami. Jika kami bermula dengan menunggang basikal, kenapa tidak menunggang gajah..skill yang berbeza, matlamat yang sama..bersama asnaf
Manakala, pilihan lokasi ke Kuala Gandah adalah saling berkait. Gajah2 yang diselamatkan di Elephant sanctuary rata2nya adalah tidak lagi memiliki ibubapa..erti lain yatim / piatu..

Paling sukar untuk mendapatkan kelulusan melepaskan anak2 dari rumah terbaik mereka, Permata Camar.. Selepas surat menyurat, email, perbincangan dsb..akhirnya Ustaz Badrul memberi green light... fuh..satu peluang yang kami tunggu..Outing bersama Asnaf...

Untuk makluman, ini adalah kali pertama Anak2 Permata Camar merasa outing bertemankan family yg mengiring..dan kami juga teruja kerana ia juga outing kami yg rata2nya first timer juga ke Kuala Gandah...

Untuk semua peserta dan penyumbang dana, Semoga Allah memberikan kita keberkatan yang lebih di hari yang mendatang..

Semoga budaya bersama asnaf dapat menyerap dalam jiwa dan juga memberi impak positif kepada kita dan generasi kita, Insyallah..

Jumpa lagi di program akan datang...


for more photos visit fb Yanti Ereanty